Solat Jumaat Bersama Makhluk Halus, UMNO Kedah Gesa Tauliah Penceramah Ditarik Balik

KUALA LUMPUR, 6 Mei – UMNO Negeri Kedah menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) untuk menarik balik tauliah mengajar dan berceramah agama diberikan kepada pendakwah yang mendakwa beliau bersolat Jumaat bersama makhluk halus. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menerusi satu kenyataan berkata, perkara tersebut membimbangkan dan membuka ruang kepada budaya taksub, pengagungan individu […]

» Read more

Musliati Saran Parti Lain Fokus Strategi Sendiri, Jangan Sibuk Urusan UMNO/BN Sabah

KOTA KINABALU, 6 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin, menegur segelintir pemimpin parti lain yang dilihat terlalu sibuk mencampuri urusan UMNO/Barisan Nasional (BN) Sabah, terutamanya berkaitan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurut Musliati, fokus seharusnya diberikan kepada penyusunan dalaman parti masing-masing serta strategi pengagihan kerusi dalam gabungan sendiri, bukan mempersoalkan pendirian UMNO atau […]

» Read more

Mereka Yang Buta Sejarah Sahaja Nafi UMNO Sebagai Simbol Melayu – Ruzaini

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Mereka yang buta sejarah atau sengaja tidak mahu menerima hakikat sahaja yang akan menafikan UMNO adalah simbol Melayu di negara ini, tegas Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Ruzaini Rais. Beliau juga mempersoal kononnya PPBM mahu menggantikan parti keramat ini, sambil menyifatkan ia sebagai mustahil kerana diibarat seperti ular lidi hendak menelan naga. “Apakah PPBM […]

» Read more

Kerajaan Tegas Lindungi Dasar Utama Negara Dalam Rundingan Bersama Amerika Syarikat – Azalina

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal komited untuk melindungi dasar utama negara termasuk hak Bumiputera, keperluan vendor tempatan dan perlindungan terhadap sektor strategik dalam sebarang rundingan dengan pihak luar, termasuk Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, sebarang cadangan dasar yang memerlukan kelulusan akan melalui proses semakan menyeluruh […]

» Read more

TVET Perkukuh Daya Saing Negara, Pilihan Utama Latih Tenaga Mahir – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi dianggap pilihan kedua sebaliknya menjadi platform utama dalam melahirkan tenaga kerja kompetitif sekali gus memperkukuhkan daya saing negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata bidang itu turut berperanan sebagai platform penting untuk siswazah […]

» Read more

‘Peranan Malaysia Dalam Perdagangan Dunia Sangat Besar’ – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Malaysia perlu menunjukkan kematangan dasar serta keupayaan negara untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global, kata Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata Malaysia tidak boleh bertindak balas secara konfrontatif, sebaliknya memperkukuh kekuatan sendiri, memperluaskan kerjasama serantau dan antarabangsa melalui dasar jangka panjang yang memberi manfaat […]

» Read more

MARA Akan Terus Perkasa Sokongan Kepada Pelajar Tajaan Luar Negara

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperkasakan sokongan kepada para pelajar tajaan yang sedang berada di luar negara, kata Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO memaklumkan beliau telah meluangkan masa bertemu pelajar-pelajar tajaan MARA di Seoul National University of Science and Technology, Korea […]

» Read more

Mohd Jafni Bentang Prestasi Portfolionya Kepada MB Johor

ISKANDAR PUTERI, 5 Mei – Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor bersyukur pagi tadi telah membentangkan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Suku Pertama (Q1) 2025 kepada Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai itu, pembentangan itu merupakan penzahiran komitmen berterusannya dan seluruh pasukan […]

» Read more

Penceramah Luar Perak Perlu Dapat Tauliah Khas – Saarani

IPOH, 5 Mei – Penceramah dari luar negeri ini perlu mendapatkan tauliah khas yang diperkenankan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum boleh menyampaikan pengajaran Islam. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, syarat yang dikenakan itu mengambil kira fahaman, pengalaman serta ketokohan penceramah berkenaan. Beliau berkata tauliah khas itu seperti yang diberikan kepada Dr Abdul Somad Batubara atau dikenali Ustaz […]

» Read more

Kemajuan Teknologi: Kerajaan Perlu Fokus Industri Kajian Dan Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berpandangan kerajaan perlu bersiap sedia dengan memberi fokus dan penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan. Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berkata, jika tidak diambil tindakan segera dibimbangi negara akan berada dalam situasi ketinggalan berbanding negara lain. “Saya juga berharap untuk kita melihat apakah tindakan […]

» Read more
1 130 131 132 133 134 2,097