Azalina Santuni Nelayan dan Warga Emas Pengerang Sempena Ramadan 1447H

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said, baru-baru ini meluangkan masa bersama lebih 600 warga komuniti nelayan di kawasan Parlimen Pengerang bagi menyampaikan sumbangan sempena ketibaan Ramadan 1447H. Menurut beliau, sumbangan tersebut merupakan tanda ingatan dan penghargaan atas usaha gigih para nelayan yang bertungkus-lumus mencari rezeki demi keluarga masing-masing. “Alhamdulillah, menjelang Ramadan yang bakal tiba, saya […]

» Read more

Jadikan Ramadan Madrasah Didik Jiwa, Elak Pembaziran – TPM

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Umat Islam diseru memanfaatkan Ramadan 1447H sebagai “madrasah” untuk mendidik jiwa dan memperkukuh ketakwaan, di samping mengamalkan kesederhanaan dengan mengelakkan pembaziran makanan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Ramadan ialah bulan untuk melipatgandakan ibadah, memperbanyakkan taubat dan meninggalkan segala keburukan demi mencapai darjat ketakwaan di sisi Allah SWT. “Manfaatkanlah setiap detik […]

» Read more

Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan ucapan Salam Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di negeri Pahang. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, yang mendidik jiwa agar sentiasa bersih, memperbaiki akhlak serta mempereratkan hubungan sesama insan. “Alhamdulillah, kita semua dipertemukan […]

» Read more

Ahmad Zahid Kunjungi Keluarga Angkat Sempena Tahun Baharu Cina

IPOH, 18 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak melupakan keluarga angkatnya, Beh Song Wan, dengan meneruskan tradisi tahunan meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang. Beliau berkata, hari kedua perayaan itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk meluangkan masa dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan yang sentiasa dinantikan setiap tahun. […]

» Read more

MARA Dapat Diskaun Hingga 30 Peratus, Jimat RM300,000 Yuran Pengajian Seorang Pelajar Di Australia

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya memperoleh diskaun yuran pengajian antara 20 hingga 30 peratus hasil rundingan dibuat dengan beberapa universiti terkemuka di Australia, sekali gus menjimatkan antara RM200,000 hingga RM300,000 bagi pembiayaan seorang pelajar. Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kejayaan itu dicapai menerusi siri pertemuan rasmi bersama tiga menteri Australia dan lima universiti […]

» Read more

Usaha Perangi Rasuah perlu Dilaksana Tanpa Kompromi – Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU, 18 Feb – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor. Seri Paduka Baginda bertitah bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara. Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat berkenaan disampaikan ketika Seri […]

» Read more

Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyeru seluruh warga di kawasan itu agar menjadikan kehadiran Ramadan Al-Mubarak sebagai medan memperkukuh keimanan dan memperbanyakkan amal kebajikan. Menurut beliau, umat Islam sekali lagi dipertemukan dengan bulan penuh keberkatan yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun. “Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang […]

» Read more

Demi Pendidikan Anak Bangsa

Alhamdulillah… jadual padat sepanjang empat hari berada di Australia dimanfaatkan sepenuhnya melalui beberapa pertemuan strategik bersama pemimpin utama sektor pendidikan negara Australia iaitu Jason Clare, Menteri Pendidikan Australia, Andrew Giles, Menteri Kemahiran dan Latihan serta Julian Hill, Timbalan Menteri Pendidikan Antarabangsa sebelum bertemu dengan beberapa universiti terkemuka Australia termasuk Monash University, RMIT University, University of Melbourne, University of Sydney dan […]

» Read more

Onn Hafiz Seru Perkukuh Perpaduan Bangsa Johor Sempena Tahun Baharu Cina 2026

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghua di negeri ini sambil menyeru agar semangat perpaduan terus diperkukuhkan demi kemakmuran Johor. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, kepelbagaian budaya yang wujud di negeri Johor merupakan sebahagian daripada kekuatan yang membentuk Bangsa […]

» Read more

Tabung Pendidikan Paya Rumput Perkasa Masa Depan Generasi Muda – Rais

PAYA RUMPUT, 17 Feb – Pelancaran Tabung Pendidikan Anak-anak Paya Rumput yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, disifatkan sebagai satu detik penuh makna dan bersejarah dalam usaha memperkasa masa depan generasi muda di kawasan berkenaan. Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata inisiatif berkenaan bukan sekadar […]

» Read more
1 129 130 131 132 133 2,439