Dap Parti Yang Tidak Boleh Dipercayai – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Dap adalah parti yang tidak boleh dipercayai walau dalam apa keadaan sekali pun.

Katanya, Dap sejak dahulu menggunakan pelbagai pendekatan bagi mempengaruhi orang Melayu Islam .

Shamsul Anuar Nasarah

“Realitinya banyak perkara yang dilakukan demi kepentingan Melayu Islam, tidak dipersetujui Dap dan mereka mencari jalan menentangnya.

“Lihatlah bagaimana penasihat Dap, Lim Kit Siang cuba menggunakan tulisan (jawi) untuk menarik hati orang Melayu Islam,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dr Shamsul yang juga Pengerusi Akademi UMNO  turut menjelaskan sepanjang Pakatan Harapan (PH) memerintah terutamanya yang diketuai oleh Dap, mereka selalu mempersendakan dan mempertikaikan tulisan jawi.

Namun, bila mana kerajaan mahu gunakan tulisan jawi dalam pendidikan. Apakah mereka terima? soalnya.

“Justeru itu …Dap tetap parti yang tidak boleh dipercayai,” tegasnya –UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.