PRK Chini: ‘PH Tidak Ada Harapan’ – Pemuda UMNO Pahang

KUANTAN, 6 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor  berkata tidak pelik seandainya Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kerana mereka hanya sekadar mengambil peluang membangkitkan isu-isu yang sudah lapuk sepanjang kempen kelak. Katanya, setelah PH kalah di kelima-lima PRK sebelum ini mereka seumpama tiada haluan […]

» Read more

PENJANA Inisiatif Ekonomi Terbaik… Sama Seperti Yang Dilakukan Kerajaan BN – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang memberikan pelbagai langkah-langkah di dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk merangsangkan ekonomi rakyat Malaysia dengan jelas dan teratur kerana sudah biasa dengan aturan rangsangan ekonomi sebegitu semasa zaman Barisan Nasional (BN). Katanya, […]

» Read more

Ahli Parlimen Sri Gading Dicabar Lepaskan Kerusi, Perbaharui Mandat Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata keputusan ahli Parlimen kawasan tersebut, Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya tetapi masih berada bersama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunjukkan Dr. Shaharuddin mahu menimbulkan kekecohan dan ingin mengheret negara serta rakyat ke kancah krisis politik sekali lagi. Tegasnya, sekiranya benar […]

» Read more

PENJANA: RM9 Bilion Untuk Tangani Masalah Pengangguran, Pengekalan Pekerjaan Rakyat – PM

PUTRAJAYA, 5 Jun – Sebanyak RM9 bilion akan diperuntuk kerajaan bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara, ekoran wabak COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dijangkakan peruntukan berkenaan, yang akan disalur melalui beberapa insiatif, akan dapat memanfaatkan seramai tiga juta tenaga kerja dalam negara. “Saya […]

» Read more

Beri Alasan Keluar Undi Rendah? Dap Fobia Parlimen Bubar, PRU – Najib

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Adakah Dap faham apa maksud ‘jika’, sinis Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ujar bekas Perdana Menteri itu, beliau telah banyak kali menyebut bahawa membubarkan parlimen seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) untuk mengembalikan mandat kepada rakyat adalah cara penyelesaian paling adil serta terbaik jika Pakatan Harapan (PH) masih […]

» Read more

UMNO Hargai Anggota RELA Basmi COVID-19 – SUA

PUTRAJAYA, 5 Jun – Pelbagai sumbangan dan anugerah telah diberikan oleh UMNO kepada petugas barisan hadapan negara yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Justeru, hari ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dipilih oleh UMNO untuk diberi penghargaan atas jasa dan khidmat mereka selama ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi telah menyerahkan anugerah Hari UMNO […]

» Read more

Kenapa PH Takut Jika Parlimen Dibubar Dan PRU15 Diadakan…

SEMALAM Ahli Parlimen Sri Gading dari Bersatu telah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Walaupun masih menyokong kerajaan, beliau mengatakan ini adalah “langkah pertama” untuk “memperbetulkan kesilapannya” iaitu apabila dia menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini. Hakikatnya keadaan Kerajaan Perikatan Nasional kini adalah getir umpama telur di hujung tanduk dengan 112 ke 113 Ahli Parlimen iaitu dengan majoriti hanya satu […]

» Read more

COVID-19: Kerajaan Ambil Langkah Bijak, Pragmatik Kukuh Kedudukan Ekonomi – Tun Mohd Ali

MELAKA, 5 Jun – Kerajaan telah mengambil langkah bijak dan pragmatik dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi negara yang mencabar ketika penularan pandemik COVID-19, kata Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. Beliau berkata Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan kerajaan persekutuan amat disambut baik oleh rakyat, manakala kerajaan negeri turut mengumumkan inisiatif pemberian bantuan khas kepada kumpulan sasar yang […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Bidas Kenyataan Pemimpin Warisan Berbaur Hasutan

KOTA KINABALU, 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah menyelar kenyataan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah, Datuk Ismaily Bongsu yang mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan untuk membenci dan tidak setia kepada raja. Kata Ketuanya, Ir Abdul Aziz Julkarnain, amat jelas dan terang kenyataan yang dikeluarkan Ismaily itu salah di sisi undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 Seksyen 3(1)(a), (b), dan […]

» Read more

Ekonomi Malaysia Perlu Strategi Yang Berani, Berdaya Tahan Dan Daya Saing Tinggi – Onn Hafiz

SIMPANG RENGGAM, 5 Jun – Ekonomi Malaysia perlu mempunyai strategi yang berani, berdaya tahan dan daya saing tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 yang akan diumumkan sebentar lagi dapat merancakkan kembali ekonomi khususnya bagi sektor pelancongan, antara sektor yang paling terjejas dan pakej bantuan untuk anak-anak muda yang terkesan […]

» Read more
1 1,084 1,085 1,086 1,087 1,088 1,611