UMNO Hargai Anggota RELA Basmi COVID-19 – SUA

PUTRAJAYA, 5 Jun – Pelbagai sumbangan dan anugerah telah diberikan oleh UMNO kepada petugas barisan hadapan negara yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19 ini.

Justeru, hari ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dipilih oleh UMNO untuk diberi penghargaan atas jasa dan khidmat mereka selama ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi telah menyerahkan anugerah Hari UMNO kepada RELA, wakil daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya gembira kerana RELA memberikan peranan yang amat penting untuk negara kita dengan anggota yang ramai sebanyak 3.1 juta orang di seluruh pelosok sehingga ke Sabah dan Sarawak dengan empat pusat latihan.

“Kita berharap RELA akan terus menjalankan tugas dengan cemerlang untuk menjadi barisan hadapan bukan hanya ketika COVID-19 tetapi juga pada era-era dan waktu yang lain,” katanya kepada UMNO Online.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Kamarudin Mohd Rapig merasa terharu dengan penganugerahan yang diberikan oleh UMNO.

“Saya bagi pihak jabatan mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan dan ingatan dari UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkunjung pada hari ini untuk menyampaikan sumbangan.

“Sebagaimana yang sedia maklum sesuai dengan RELA sebagai benteng untuk mempertahankan negara dan dalam tempoh yang sama kita juga menghadapi masalah COVID-19,” katanya.

Tambah Kamarudin lagi, sehingga hari ini seramai tujuh ribu anggota yang telah bertugas seluruh negara untuk membantu kerajaan pada setiap hari.

“Tanda ingatan ini, saya amat-amat berterima kasih dan akan menyampaikan makluman ini dalam buletin RELA di Youtube setiap bulan dan terus kepada anggota Rela dalam masa terdekat,” ujarnya.

Untuk rekod, sempena Hari UMNO yang ke-74 tahun pada 11 Mei baru-baru ini, kepimpinan parti telah memutuskan untuk memberi penghargaan atas jasa dan keringat ‘frontliners’ (barisan hdapan) yang berusaha membanteras penularan wabak COVID-19.

Sebanyak 16 agensi telah terpilih bagi menerima penghargaan tersebut. Antar agensi lain yang dipilih adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.