Kluster Baharu Dikesan Di Tapak Pembinaan Dengan 44 Kes

PUTRAJAYA, 25 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu di tapak pembinaan di Kuala Lumpur dengan 44 kes dilaporkan hari ini. Tanpa memberikan maklumat lanjut berkenaan kluster itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menggesa syarikat pembinaan supaya memberi perhatian bukan sahaja kepada prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja tetapi juga kepada penempatan pekerja. “Daripada […]

» Read more

Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 25 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang masih bertugas pada Hari Raya bagi membendung penularan wabak COVID-19. Katanya meskipun ketika sambutan Aidilfitri, operasi sanitasi awam, sekatan jalan raya dan rondaan masih dijalankan oleh kakitangan kesihatan, polis, tentera, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam membantu […]

» Read more

14 Individu Berada Di Kampung Dikompaun Pada 1 Syawal – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 25 Mei – Seramai 14 individu yang merentas negeri dan berada di kampung masing-masing untuk meraikan Aidilfitri semalam dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa tindakan kompaun itu membuktikan pihak berkuasa serius dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan SOP dipatuhi. “Ada yang […]

» Read more

Bekas Ahli Jawatankuasa PAC PH Nafi Wang Kutipan GST RM19 Bilion Dirompak Oleh BN/Najib

(Diterjemahkan dari status asal YB Willie Mongin). Apakah benar RM 19 billion wang kutipan GST telah dicuri? Antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara. Sebenarnya wang tersebut (kutipan GST RM 19 billion) tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib. Wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan dengan bukti rekod yang elok. Saya telah […]

» Read more

COVID-19: Tiada Lagi Ziarah Aidilfitri Selepas Ini

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad […]

» Read more

Masih Degil, Lebih Seribu Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarah Patah Balik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Walaupun terdapat penurunan jumlah mereka yang diarah berpatah balik kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu 1,158 kenderaan, namun ia menunjukkan terdapat segelintir mereka yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga negeri iaitu Selangor (460 kes), Melaka (121 kes) […]

» Read more

Orang Ramai Mula Terima Normal Baharu Sambutan Aidilfitri

KANGAR, 24 Mei – Sambutan Aidilfitri di Perlis tetap meriah dengan orang ramai dilihat dapat menerima normal baharu dalam menyambut 1 Syawal ketika negara dilanda wabak COVID-19. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kemeriahan sambutan Aidilfitri kali ini masih dapat dirasai dengan orang ramai menyampaikan ucapan hari raya kepada saudara-mara dan rakan-rakan menerusi panggilan video. “Raya […]

» Read more

Umat Islam Seluruh Negara Rai Syawal Penuh Sederhana, Kebiasaan Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Umat Islam di seluruh negara menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini dalam kebiasaan baharu ketika negara masih berperang dengan ancaman pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Aidilfitri yang kebiasaannya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, kali ini diraikan penuh kesederhanaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, […]

» Read more

Aidilfiri Di Norma Baharu, Mantapkan Perjuangan Demi Agama, Bangsa, Tanah Air – Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan Salam Adilfitri dengan mengajak masyarakat berada dalam norma baharu di samping mengundang kesetiaan anggota UMNO untuk bersama meneruskan perjuangan suci parti. Katanya, tahun ini kita menjalani ibadah berpuasa tidak sekadar menahan lapar serta dahaga, mengerjakan solat terawih dan witir, kita turut diuji oleh cabaran menghadapi wabak […]

» Read more

Patuhi SOP Ketika Sambut 1 Syawal – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 23 Mei – Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerjasama orang ramai dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menyambut 1 Syawal esok amat diperlukan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini. “Jangan sia-siakan pengorbanan petugas yang berada di barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus tidak mengira waktu termasuk bertugas pada hari perayaan,” katanya […]

» Read more
1 1,083 1,084 1,085 1,086 1,087 1,603