Majoriti Suara Akar Umbi Setuju PRU Sebelum Pemilihan

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Sebanyak 186 bahagian UMNO daripada 190 bahagian yang telah bermesyuarat dan bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketetapan tersebut bukan keputusan beliau tetapi adalah suara akar umbi parti yang telah bersidang di Mesyuarat Perwakilan di Bahagian masing-masing pada Disember tahun lalu. “Sudah […]

» Read more

Yakinlah, UMNO/BN Berupaya Kembalikan Kegemilangan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli parti yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara. Kata Pengerusi BN itu, sebagai parti perjuangan UMNO/BN mampu melahirkan ramuan yang terbaik untuk menyelamatkan negara daripada terus menggelongsor potensinya. Menurutnya lagi, rakyat telah melalui pengalaman dua kerajaan […]

» Read more

Sokongan Akar Umbi Kekuatan UMNO, Parti Politik Terbesar Ahli 3,391,236 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti. Beliau memaklumkan bahawa jumlah ahli UMNO terkini ialah seramai 3,391,236 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 22,274 cawangan di 191 Bahagian. “Ini menjadikan UMNO tetap kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai […]

» Read more

Jangan Dibuai Kejayaan Demi Kejayaan… ‘Peluru’ Bukan Untuk ‘Khemah’ Sendiri – Shahril

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Hamdan mengingatkan ahli pergerakan itu agar tidak dibuai dengan kejayaan demi kejayaan serta kemenangan yang dicapai tetapi sebaliknya sama-sama bermuhasabah. Jelas beliau Allah SWT boleh menarik balik apa yang dikecapi itu dalam sekelip mata dan apa yang penting hari ini masing-masing jangan dibazirkan ‘peluru’ sesama sendiri di dalam ‘khemah’ yang […]

» Read more

UMNO: Stabilkan Parti, Elak Lagakan Pemimpin

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kepimpinan sayap UMNO hari ini sepakat memastikan kestabilan parti menjadi keutamaan di samping mengelak cubaan melaga-lagakan pemimpin parti. Dalam penggulungan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini, ketua-ketua sayap berkenaan menyampaikan pesanan itu kepada perwakilan masing-masing sambil menegaskan keputusan oleh lima pemimpin tertinggi parti berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti perlu dihormati. Ketua […]

» Read more

Asyraf Seru Pemuda Jadi Benteng Parti Ketika Cubaan Laga-lagakan Kepimpinan

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengajak seluruh ahli pergerakan itu untuk menjadi benteng kepada mana-mana usaha serta cubaan pihak tertentu untuk melaga-lagakan kepimpinan di dalam parti. Berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO petang tadi, beliau menegaskan ketika UMNO kalah pada 2018, pergerakan itu menjadi benteng kepada parti dan hari […]

» Read more

Fokus Kepada Perjuangan UMNO, Tolak Agenda Peribadi – Zahida

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan mengajak ahli Puteri UMNO kembali merapatkan saf perjuangan bagi menempuhi hari mendatang. Ini kerana Puteri UMNO akan lebih fokus pada perjuangan serta merapatkan lagi hubungan demi UMNO. “Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua Puteri UMNO, rapatkan saf, buangkan yang keruh, ambil yang jernih, fokus pada perjuangan […]

» Read more

Wanita UMNO Jambatan Penghubung Antara Rakyat Dengan Pemimpin – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan Wanita UMNO bukan hanya sekadar bertindak sebagai tulang belakang parti bahkan menjadi jambatan penghubung di antara rakyat dengan pemimpin. Katanya, Wanita juga disifatkan sebagai peneraju perjuangan kerana telah banyak menaburkan bakti dalam apa juga situasi, termasuk bertindak sebagai kumpulan penting ketika parti berhadapan dengan pilihan […]

» Read more

Perkara Berkaitan PRU Dibincangkan Secara Bersama – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Apa-apa pun kita bincang dalam parti dulu. Parti pun belum bincang lagi, saya pun belum terima sebarang usul lagi termasuk dari sayap-sayap yang bersidang hari ini. Malam ini kita ada mesyuarat […]

» Read more

UMNO: Isu Pelaksanaan PRU-15 Dijangka Disentuh Dalam Ucapan Presiden

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok. Beliau turut memberi bayangan bahawa isu desakan dan bantahan akar umbi serta pemimpin parti itu untuk mempercepatkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), […]

» Read more
1 1,050 1,051 1,052 1,053 1,054 2,040