COVID-19 : Patuh SOP, Elak Negara Berdepan Sekali Lagi PKP – Najmil

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Mohamed Aris mengajak seluruh rakyat negara agar terus mematuhi SOP yang telah digariskan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan gelombang baru COVID-19. Menurut beliau langkah berkenaan amat penting supaya negara tidak akan sekali lagi dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akhirnya memberi kesan kepada semua pihak. “Saya mohon […]

» Read more

Aset Tabung Haji : Najib Bidas Mujahid

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Saya amat kesal bahawa Menteri jaga agama PH ini seolah-olah tiada agama dan sanggup membohong tentang aset Umat Islam serta memfitnah saya berbohong demi mempertahankan PH dari fakta Tabung Haji jual aset secara lambak semasa mereka memerintah. Dulu dia kata TH tak jual aset. Kini, dia mengaku TH jual aset dan cuba memberi justifikasi kenapa […]

» Read more

PKP Dilaksanakan Semula Jika Kes COVID-19 Cecah Tiga Angka – Ismail Sabri

KOTA BHARU, 26 Julai – Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik. “Kalau sudah mencapai tiga angka kita tidak mempunyai pilihan lain dan akan […]

» Read more

Hayati Asas Tujuan Penubuhan UMNO, Jangan Khianati Perjuangan Parti – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 26 Julai – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya sentiasa menghayati asas dan tujuan penubuhan parti serta memastikan kesinambungan perjuangannya. Beliau berkata ahli-ahli UMNO perlu bergantung kepada parti yang mempunyai kekuatan sendiri dan berdiri teguh demi semangat nasionalisme dan atas nama agama, bangsa dan negara. “UMNO […]

» Read more

Perkukuhkan Keupayaan Parti, Sama-sama Bina Kekuatan UMNO – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata rakyat akan menghormati dan menyokong UMNO, jika parti berkenaan kuat. Namun tegas beliau untuk membolehkan UMNO mempunyai kekuatan ianya bergantung kepada pimpinan serta ahli UMNO sendiri dan oleh itu seluruh ahli parti bertanggungjawab membina kekuatan bersama-sama. “Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU-14) telah memberikan pengalaman […]

» Read more

2,897 Individu Perlu Jalani Saringan Kedua, Jika Gagal Akan Didakwa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, 2,897 individu yang masih gagal menjalani saringan kedua COVID-19 diberi tempoh dua hari bermula hari ini untuk membuat pemeriksaan dengan menghubungi pihak Pejabat Kesihatan terdekat, sekiranya mereka masih berdegil, mereka akan ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Jelas beliau, tidak ada lagi kompromi kerana kedegilan mereka ini […]

» Read more

Putrajaya Bakal Miliki Pertanian Bandar Mega – Annuar

PUTRAJAYA, 25 Julai – Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk memperluas kawasan pertanian bandar mega di wilayah Putrajaya terutamanya bagi tanah-tanah yang masih belum digunakan. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengenal pasti tanah di kawasan Presint 20 seluas 14 hektar bagi tujuan itu. “Di Putrajaya masih ada banyak tanah, termasuk tanah yang tidak digunakan dalam jangka […]

» Read more

Azalina Serah Kepada Mahkamah Isu Cabar Pelantikan Speaker, Timbalan

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili tuntutan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun. Bagaimanapun Azalina menegaskan peletakan jawatan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berlaku sebelum usul pelantikan dirinya dibaca di […]

» Read more

Datuk Saarani Mohamad Dilantik Pengarah PRK DUN Slim

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini memutuskan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Slim. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Hj Ahmad Maslan berkata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz pula dilantik untuk menjadi Pengarah […]

» Read more

Kerajaan Wajar Kembalikan MyBrain15 – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan agar kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dapat menghidupkan kembali program MyBrain15. Kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, program MyBrain merupakan satu inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak bagi membiayai anak-anak muda di kalangan graduan yang […]

» Read more
1 1,049 1,050 1,051 1,052 1,053 1,610