PRU-15: Senarai Calon Kerusi Parlimen, DUN BN Negeri Perak

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Berikut senarai bakal calon Barisan Nasional bagi Negeri Perak untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 1. P. 054 GERIK Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki 1.1. N.01 PENGKALAN HULU Dato’ Aznel bin Ibrahim 1.2. N.02 TEMENGOR Salbiah binti Mohamed 2. P.055 LENGGONG Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji […]

» Read more

PRU15: Senarai Calon BN Tanding Kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Barisan Nasional (BN) menamakan calon-calon yang akan bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Berikut adalah senarai calon Parlimen BN bagi menghadapi PRU15: 1 PERLIS […]

» Read more

Tahap Kesiapsiagaan Jentera UMNO/BN Terbaik, Tanjung Malim Sedia Depani PRU15

BAGAN DATUK, 5 Okt – UMNO Tanjung Malim telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan sekaligus membentuk kerajaan di peringkat negeri dan pusat, demikian tegas Pemangku Ketuanya, Mohd Zaidi Aziz. Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelakkan jentera berada di tahap tidak memuaskan selain melicinkan gerakan sepanjang tempoh berkempen apabila gendang PRU […]

» Read more

Tiada Istilah Balas Dendam Bagi UMNO/BN, PH Timbulkan Provokasi Melampau

BAGAN DATUK, 28 Sept – Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan Pakatan Harapan (PH) dengan sengaja menimbulkan provokasi melampau terhadap pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN). Jelasnya, sewajarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tersebut terlalu mengikut emosi dan tidak perlu ditimbulkan. “Saya menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan tersebut yang tidak bertanggungjawab serta radikal dan […]

» Read more

Tolak Propaganda Politik Burukkan UMNO/BN, Muhyiddin Tuding Jari Sembunyi Kealpaan

JOHOR BAHRU, 20 Sept – Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berharap agar rakyat khususnya pengundi tidak lagi terpedaya dengan kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden PPBM. Terbaharu, Muhyiddin dilapor secara terbuka membidas kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob, yang dilihatnya tidak memandang semua isu membelenggu negara ketika ini termasuk inflasi, kekurangan tenaga […]

» Read more

PH Kuat Fitnah, Hasut, Putar Belit Fakta… Jadi Modal Nak Burukkan UMNO/BN – Zaidi

BAGAN DATUK, 20 Sept – Rakyat khususnya pengundi harus bijak menilai dan jangan mudah terpedaya hasutan fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan (PH). Menurut Pemangku Ketua UMNO bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz ini telah terbukti semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PH telah menggunakan berbagai-bagai hasutan sehingga rakyat terpedaya. “Saya merasakan itu adalah satu fitnah dan perkara yang sangat […]

» Read more

Jentera UMNO/BN Siap Siaga Kembalikan Parlimen Teluk Intan, Sedia Untuk PRU15 – Azhar

BAGAN DATUK, 20 Sept – Memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bakal diadakan pada bila-bila masa biarpun tarikh sebenar pembubaran tidak diketahui, UMNO Bahagian Teluk Intan terus mengorak langkah dengan mempersiapkan jentera bagi menghadapi pertembungan tersebut. Ketuanya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata akar umbi UMNO dan jentera BN telah siap siaga bagi mendepani PRU dengan tekad mengembalikan Parlimen Teluk Intan […]

» Read more

UMNO Wadah Perjuangan Tiada Galang Ganti, Ahli Bertaut Kukuh Untuk PRU15 – Hasan

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Hasan Abdul Rahman menegaskan bahawa UMNO merupakan satu wadah perjuangan yang tidak ada galang ganti dan ia harus kembali menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai mengharapkan agar seluruh ahli UMNO kembali bertaut dan melupakan segala perselisihan faham. […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Terus Kukuhkan Perpaduan Depani Suasana Politik Mencabar

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Farid Mohd Nor mengajak ahli parti dan juga jentera untuk terus mengukuhkan perpaduan pada saat politik negara berada dalam keadaan yang mencabar ketika ini. Jelasnya, sekiranya UMNO/Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, apa yang dihasratkan akan berkubur dan parti akan sukar untuk bangkit semula. “Paling […]

» Read more
1 19 20 21 22 23 28