Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad

REMBAU, 23 Julai – Barisan Nasional (BN) bakal melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijangka esok dengan membawa tema ‘Sambung Yang Tergendala’. Pengarah PRN BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto tersebut akan menyambung segala agenda yang telah diasaskan oleh BN sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. “Dalam kita punya jangkaan, manifesto akan […]

» Read more

Abdul Azeez Seru Pengundi India Berikan ‘Shakti’ Kepada Calon BN, Mereka Akan Berbakti

PALONG, 23 Julai – Masyarakat India diseru supaya memberikan ‘Shakti’ atau kuasa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini bagi membolehkan mereka meneruskan khidmat bakti serta menunaikan segala perancangan pembangunan yang telah disusun untuk rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau yang diamanahkan oleh kepimpinan tertinggi […]

» Read more

“Tak Habis-habis Melayu Sakau, Kempen PH Masih Meracau”

SEREMBAN, 23 Julai – Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar menyifatkan kempen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang sekali lagi mengulang naratif “Melayu Sakau” sebagai menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih bergantung kepada isu-isu lama berbanding menawarkan penyelesaian terhadap cabaran rakyat hari ini. Menurut beliau, ucapan Perdana Menteri yang berulang kali mengaitkan […]

» Read more

Pembangunan Di Negeri Sembilan Adalah Hasil ‘Air Tangan’ BN – Abdul Rahman

SEREMBAN, 23 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa pembangunan di Negeri Sembilan adalah hasil ‘air tangan’ Barisan Nasional (BN). Ujarnya, Lembah Visi Malaysia merupakan idea bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan membawa idea untuk mengembangkan limpahan pembangunan Lembah Klang ke Negeri Sembilan. “Di Negeri Sembilan, pembangunan yang kita lihat […]

» Read more

Mohd Asna Berazam Realisasikan Pembinaan Sekolah Di Lenggeng

SEREMBAN, 23 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berazam untuk merealisasikan pembinaan sekolah di kawasan tersebut sekiranya kekal diberi mandat sebagai wakil rakyat. Ujarnya, kerja-kerja awal untuk merealisasikan pembinaan sekolah itu telah dimulakan dengan permohonan awal ketika beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. “Saya adalah seorang penyandang […]

» Read more

Calon Puteri Di DUN Labu, Bukti Komitmen BN Lahirkan Pelapis Pemimpin

SEREMBAN, 23 Julai – Pencalonan wakil Puteri UMNO sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu membuktikan komitmen parti dalam melahirkan barisan pelapis kepimpinan yang berwibawa dan berpotensi meneruskan kesinambungan perjuangan parti pada masa hadapan. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, usaha tersebut merupakan salah satu proses untuk menjamin kesinambungan perjuangan parti. […]

» Read more

PRN: Anak Muda Ambil Iktibar Pengalaman Lalu, Tidak Mahu Lagi Tertipu

KUALA PILAH, 23 Julai – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 di Negeri Sembilan yang sudah memasuki hari kelima terus hangat apabila pelbagai isu diketengah dalam membawa isu berkaitan rakyat. Menerusi tinjauan lensa UMNO Online, kestabilan politik dan keupayaan menunaikan janji menjadi antara harapan utama pengundi muda pada PRN kali ini. Bagi pengundi muda, Nurul Nabila Mohamad, 23, beliau tidak […]

» Read more

Beri Mandat Kepada BN, Hak Peneroka FELDA Negeri Sembilan Akan Dibela – Wan Rosdy

PALONG, 23 Julai – Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod yang terbukti dalam membela kebajikan warga FELDA, dan rakyat Negeri Sembilan perlu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai medan untuk mengembalikan mandat kepada BN bagi memastikan hak peneroka terus dipelihara. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan kerajaan BN di Pahang dan Johor dalam menyelesaikan isu pemilikan […]

» Read more

Fasih Berbahasa Mandarin, Isteri Calon Senaling Bantu Kempen BN

KUALA PILAH, 23 Julai – Kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin menjadi kelebihan kepada isteri calon Barisan Nasional (BN), Noorain Atiqah Abdul Karim dalam mendekati pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling, kawasan ditandingi suaminya, Mohamad Qayyum Abd Jalil. Menurut beliau, penguasaan bahasa berkenaan bukan sahaja memudahkan komunikasi, malah membantu mewujudkan hubungan lebih rapat dan mesra bersama pengundi Cina. “Kelebihan […]

» Read more

Ahmad Maslan Yakin PMX Tak Berani Pecat Menteri UMNO

PALONG, 23 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak akan berani memecat menteri-menteri daripada UMNO kerana parti itu merupakan antara tunjang utama yang memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) serta Kerajaan Perpaduan terus mempunyai majoriti di Dewan Rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun terdapat gesaan supaya pemimpin UMNO yang […]

» Read more
1 14 15 16 17 18 24