PRN Johor: Presiden PPBM Pun Pernah Keluar Parti… Jangan Emosional Sangat – Mazlan Bujang

  TEBRAU, 3 Feb – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang ‘menasihatkan’  Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak emosional berhubung tindakannya sebelum ini yang keluar daripada PPBM. Jelas beliau yang juga bekas Pengerusi PPBM Johor, tindakan keluar dari parti adalah satu perkara yang biasa dalam politik negara ini malah pernah […]

» Read more

Itik Patah Kaki!…. Label Pelbagai Gelaran Bukan Luar Biasa Bagi PAS

Berat tuduhannya. Bagaimanapun tuduhan yang dilemparkan pada UMNO daripadanya bukanlah suatu yang luarbiasa. “Thaghut, anti Islam, malah Kafir pun pernah dilemparkannya. Kerana itu bila keluar pula tuduhan UMNO umpama “Itik patah kaki”, ia juga bukan luar biasa. Kerana itulah cara dan sikap PAS sejak dulu. Saya cuma hairan. Dalam keadaan mahu UMNO bersama, pimpinan UMNO dilabelnya dengan pelbagai gelaran. Sikap […]

» Read more

PRN Johor: 2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu, 22,536 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan […]

» Read more

PRN Johor: Berusaha Lebih Gigih Pastikan BN Menang, Sedia Berdepan Cabaran – Ahmad Maslan

PONTIAN, 30 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO mengajak anggota parti terus bekerja bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tanpa gentar untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Ujarnya, dalam melihat situasi politik terkini, ia telah diduga termasuklah kaedah gabungan antara Pas, PPBM, Gerakan dan Star yang akan bertanding atas logo Perikatan Nasional (PN). Katanya, perkara itu […]

» Read more

PRN Johor Demi Masa Depan, Tolak Isu Remeh Kelirukan Rakyat – Dr Puad

BATU PAHAT, 30 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan sewajarnya pihak pembangkang tidak perlu memainkan isu yang remeh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Ini kerana katanya, keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ‘kluster mahkamah’ seperti yang didakwa sesetengah pihak. “Sebenarnya pembangkang tiada alasan yang […]

» Read more

PRN Johor: Bubar DUN Untuk Mandat Rakyat, Bukan Keputusan Wakil Rakyat ‘Berpindah-pindah’ – Ahmad Maslan

PONTIAN, 30 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyangkal tuduhan pelaksanaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah secara sendirian yang digerakkan oleh kepimpinan UMNO.  Dalam hal ini beliau merujuk kepada kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilapor berkata strategi untuk melaksanakan PRN adalah bukan strategi yang baik, tetapi dilakukan segelintir pihak serta mendakwa […]

» Read more

Dakwaan PRN Johor Strategi Kluster Mahkamah Tidak Tepat – Annuar

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan antara strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat, serta berkemungkinan tidak berasaskan maklumat yang sahih. Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata pelaksanaan PRN di Johor adalah […]

» Read more

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap bangkit biarpun digelar dengan pelbagai gelaran malah bangkit bukan kerana ubatan mujarab. Ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di adakan atas pelbagai sebab strategik dan bukan kerana ia kehendak ‘kluster’ tertentu dalam UMNO. “Menteri Besar Johor mempunyai sebab […]

» Read more

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam klip sepanjang kira-kira 6 minit di laman Facebook beliau. 2. Dalam ulasan berkenaan dengan PRN Johor tersebut, beliau menyatakan beberapa perkara antaranya: a. PRN Johor adalah agenda pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ dari UMNO serta mereka yang tidak berjawatan yang menyusahkan rakyat, b. […]

» Read more

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan menimbulkan seribu satu persoalan. Kata beliau, jelas itu hanyalah sekadar retorik pembangkang dan apakah perlu dikorbankan kebajikan rakyat serta kestabilan negeri hanya kerana perlu berhadapan dengan segala ugutan serta tindakan yang […]

» Read more
1 38 39 40 41