Sambutan Hari Kebangsaan Perlu Pembaharuan Libat Komuniti, Keluarga – Annuar

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mahu Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan iaitu melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga supaya tema dan konsep sambutan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang diterapkan kali ini, dapat dirakyatkan sepenuhnya. Beliau berkata ini penting kerana sambutan tidak seharusnya hanya bersifat majlis besar yang dilaksana di […]

» Read more

Pembiayaan Insurans Kenderaan Untuk Penjawat Awam Dilancar

PUTRAJAYA, 1 Julai – Pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com, yang berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba, dilancarkan hari ini untuk penjawat awam bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan. Dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, myezycover.com yang boleh dimanfaatkan oleh kira-kira 1.6 juta penjawat awam termasuk yang bertaraf […]

» Read more

Stadium Shah Alam Bangunan Ikonik, Perlu Penyelenggaraan Bukan Roboh

KUALA LUMPUR, 1 Julai – UMNO Bahagian Shah Alam meluahkan kebimbangan dengan laporan media yang memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam bakal dirobohkan. Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana bangunan ikonik itu perlu terus dipelihara dan pulihara sejajar dengan kedudukannya yang melambangkan kewujudan Shah Alam secara keseluruhannya. “Pendirian kami jelas struktur asal stadium yang ikonik dan […]

» Read more

Ketelusan PM Dari UMNO Bantu Rakyat, Berbeza Zaman PH Minta Rakyat Ikat Perut – Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad berpandangan tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang juga Naib Presiden UMNO dengan mengekalkan subsidi, tarif elektrik dan air serta mengapungkan harga ayam di pasaran amat baik dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat terbela. Ini kerana katanya Naib Presiden UMNO itu memikirkan […]

» Read more

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Langkah Baik, Bubar Majlis Pemulihan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai beberapa menteri adalah satu langkah yang baik. Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ia sejajar dengan saranannya sebelum ini pada 21 Mei lalu untuk Kerajaan Persekutuan menangani masalah inflasi, kos sara hidup dan sekuriti makanan dengan […]

» Read more

Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Bukti Kerajaan Tidak Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi membuktikan kerajaan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dalam menyelesaikan isu rakyat yang kian mendesak. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata ramai yang tidak sedar bagaimana kerajaan menjalankan peranan mereka dalam mengurangkan impak inflasi kepada rakyat. Katanya, penubuhan pasukan tersebut adalah satu pendekatan rentas […]

» Read more

Media Mainkan Peranan Penting Pastikan Konteks Sebenar Berita Tidak Cetus Ketegangan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik, kata Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Shahril Sufian Hamdan. Beliau berkata untuk memperkukuhkan lagi tindakan itu, kedudukan organisasi seperti Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) cukup istimewa sebagai antara saluran diplomasi rakyat atau diplomasi media […]

» Read more

Penting BN Menang PRU15, Kembalikan Semula Sistem Perundangan Negara – Mohd Zaid

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Pemerhati politik dan pengamal undang-undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berpandangan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memberi perubahan kepada sistem perundangan negara. Beliau berkata perkara yang penting perlu dilaksanakan adalah memberikan kebebasan kepada institusi dalam perundangan daripada terkait antara satu sama lain. “Saya harap dari hati kecil ini kalau […]

» Read more

Salah Guna Wang Parti, Bekas Ahli Parlimen UMNO Perlu Disiasat SPRM – TUNTUT

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT) hari ini menyerahkan dokumen berkenaan salah guna kuasa oleh bekas tiga Ahli Parlimen UMNO kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Setiausahanya, Muhammad Zulhelmi Mansor berkata ianya juga bagi memperkuatkan lagi bukti salah guna wang parti yang telah dilakukan mereka seperti yang didakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. […]

» Read more

Tasamuh Mampu Jadi Alat Satu Padukan Umat Islam Dan Dunia, Sesuai Konsep Keluarga Malaysia

PETALING JAYA, 30 Jun – Konsep Tasamuh iaitu toleransi atau berlapang dada, mampu menjadi alat menyatupadukan umat Islam serta dunia, dan seharusnya diterap dalam kalangan negara yang mempunyai bangsa dan budaya majmuk. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata konsep Tasamuh yang mengutamakan nilai kebersamaan, selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat di negara ini menghargai dan […]

» Read more
1 903 904 905 906 907 1,910