Perlis Susun Lima Program Utama Rai Sambutan Hari Kebangsaan – Azlan Man

KANGAR, 30 Julai – Lima program utama bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 disusun di Perlis, mengambil peluang penganjuran secara fizikal sepenuhnya selepas dua tahun tidak dapat diadakan susulan pandemik COVID-19. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata program berkenaan dianjur bagi menyemarakkan lagi  semangat Keluarga Malaysia dan perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan keturunan di negeri ini. […]

» Read more

UMNO Terus Tabah Dan Berjuang – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung kelulusan usul pindaan Perlembagaan UMNO semalam. Jelas beliau, setelah menunggu sekian lama akhirnya ROS meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (Khas) pada Mei lalu. “Selepas menunggu dalam tempoh lama dan pelbagai […]

» Read more

PM, Jemaah Menteri Sertai ‘Berjalan Teguh Bersama’

PUTRAJAYA, 30 Julai – Program Berjalan Teguh Bersama bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, meriah dan warna-warni. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (MenKOMM) bersama Jemaah Menteri turut menyertai lebih 15,000 peserta program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer itu. Seawal 6 […]

» Read more

Jentera BN Harus Kerja Kuat , Yakin Dapat Pulih Keyakinan Rakyat – Mohamad Hasan

SEREMBAN, 30  Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Negeri Sembilan siap siaga apabila gendang di palu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ujarnya yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, sekiranya hendak menang pada pilihan raya harus berkerja kuat dan bersedia bertempur dengan sebarang kemungkinan. “Janganlah gundah gulana, jangan […]

» Read more

ROS Lulus Pindaan Perlembagaan UMNO

Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menerima surat daripada Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/ROS) pada petang Jumaat 29 Julai 2022. Sukacita dimaklumkan bahawa ROS telah meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO. Kelulusan ROS itu berkuat kuasa pada tarikh 29 Julai 2022. ROS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih […]

» Read more

Larangan Tukar Parti Kemenangan Besar Rakyat, Jamin Kestabilan Politik – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’, adalah kemenangan besar untuk rakyat, sekali gus menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata keputusan bersejarah, yang mendapat sokongan majoriti ahli […]

» Read more

Program Pembangunan Belia Perlu Dilaksana Secara Lebih Berfokus – Sulaiman

MELAKA, 29 Julai – Program pembangunan belia di Melaka perlu dilaksanakan menerusi pendekatan baharu yang lebih berfokus dan bersasar, selari dengan perkembangan semasa supaya mampu memberi impak dan hasil yang optimum bagi mengangkat pembangunan belia di negeri itu. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ini kerana gerakan belia di negeri itu tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai […]

» Read more

BN Pendang Tekad Tingkatkan Majoriti Di Sungai Tiang, Sasar Parlimen Dan DUN Tokai

KUALA LUMPUR, 29 Julai – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pendang bertekad bukan sahaja untuk meningkatkan lagi majoriti kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang malah akan bekerja keras lagi untuk Parlimen Pendang dan juga DUN Tokai. Bercakap kepada UMNO-Online, Ketua UMNO Bahagian Pendang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob berkata dalam apa […]

» Read more

UMNO Harap RoS Beri Keputusan Segera

SEREMBAN, 29 Julai – UMNO berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dapat memberi keputusan segera berhubung permohonan parti itu untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan parti membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan agung yang melibatkan pemilihan. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya telah menulis surat kepada RoS meminta jasa baik supaya keputusan itu dapat diketahui sebelum 31 Julai bagi memastikan […]

» Read more

UMNO/BN Kekal Utuh Bawa Perjuangan Demi Rakyat – Azlan

KANGAR, 29 – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Azlan Man berpandangan parti ini sentiasa utuh dengan kesepakatan yang terjalin dalam kalangan ahli bagi membawa perjuangan agama, bangsa dan negara. Beliau malah meningatkan bahawa keutuhan ini perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan anasir-anasir luar mengambil kesempatan atau mempengaruhi ke atas kesatuan yang dicapai sejak sekian lama. “Saya yakin bahawa […]

» Read more
1 885 886 887 888 889 1,913