Kes VLN: Ahmad Zahid Bebas Atau Bela Diri Diketahui 23 Sept

SHAH ALAM, 7 Sept – Keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) akan diketahui pada 23 Sept ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan selama empat […]

» Read more

Rakyat Menilai Perkhidmatan BN Adalah Yang Terbaik – Aminuddin

  IPOH, 7 Sept – Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berpandangan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah lebih 60 tahun telah memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat. Justeru itu, mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, beliau percaya peralihan undi rakyat kepada UMNO/BN bagi merampas kembali kerusi Parlimen Tambun serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan Hulu Kinta […]

» Read more

Sikap Dendam, Benci Kepada UMNO Telah Jadi Darah Daging Mahathir

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat bukan perkara pelik dan tidak mengejutkan dengan sikap dendam serta benci mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap partinya sebelum ini. Ini kerana jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, sikap berkenaan telah menjadi darah daging bekas perdana menteri selama 22 tahun itu, malah […]

» Read more

Kerajaan Jamin Kebebasan Media, Mesti Bersandarkan Fakta

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih. Dalam hal ini, perdana menteri berkata sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka. “Yang saya tahu, media […]

» Read more

Memang Benar UMNO Hari Ini Tidak Sama Dengan Zaman Tun M Dahulu – Razlan

KUALA LUMPUR, 7 Sept – UMNO hari ini tidak sama dengan UMNO yang dahulu kerana mereka mengamalkan keterbukaan pandangan serta tidak sanggup bertindak terhadap musuh sesama parti, bukan seperti zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, terlalu banyak perubahan demokrasi yang dilakukan oleh UMNO meskipun ianya memakan diri […]

» Read more

PM Seru Ketua Perwakilan Diplomatik Lebih Kreatif Tarik Kembali Pelabur Asing

PUTRAJAYA, 6 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara untuk menerapkan pendekatan lebih kreatif dalam usaha menarik kembali kemasukan lebih ramai pelabur asing ke Malaysia. “Kita juga harus cakna dalam meneroka serta menarik pelaburan daripada negara-negara yang baharu, terutamanya apabila dunia sedang rancak mencari destinasi pelaburan yang stabil […]

» Read more

Najib Fail Semakan Terhadap Keputusan Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd. Najib, 69, memfailkan notis usul bagi permohonan itu melalui Tetuan Shafee & Co dan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden. Perkara itu disahkan […]

» Read more

Antara MN Atau PN: Pimpinan, Ahli Pas Disaran Solat Sunat Istikharah – Sharkar

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata seluruh ahli dan pimpinan Pas perlu melakukan solat sunat istikharah beramai-ramai bagi memilih antara gabungan Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN). Menurut beliau jika Pas mahu terus bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi  Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) akan datang, perkara itu perlu […]

» Read more

Persidangan Tahunan UMNO: Akar Umbi Terus Semarakkan Obor Perjuangan Parti – Rais

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Persidangan UMNO peringkat cawangan yang turut membabitkan Wanita, Pemuda serta Puteri di seluruh negara kian rancak dengan masing-masing mengambil kesempatan waktu sama ada pada hari biasa atau pun hujung miggu untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan parti. Tidak terkecuali di Tangga Batu apabila Persidangan Tahunan UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri bagi […]

» Read more

PRU15: BN Harap Rakyat Beri Mandat Teruskan Pembangunan Johor

KULAI, 6 Sept – Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat rakyat Johor pada Pilihan Raya  Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan keserasian hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang selari penting bagi menjayakan usaha memajukan dan merancakkan pembangunan negeri. “Saya memikirkan agenda untuk majukan […]

» Read more
1 837 838 839 840 841 1,896