Jelajah AKM Akan Diteruskan Jika Kerajaan Diberi Mandat Pada PRU15 – PM

KUANTAN, 29 Okt – Kerajaan akan meneruskan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata program tersebut dihentikan sementara, bagi memberi laluan kepada PRU15. “Ini mungkin destinasi terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, insya-Allah jika diberi peluang teraju kerajaan ini sekali lagi, program […]

» Read more

PRU15: Gantung Parlimen, PKP, Bendera Putih, #KerajaanGagal… PH, PN Tidak Wajar Diberi Peluang

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap rakyat tidak melupakan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gagal dalam melakukan tadbir urus termasuk dalam menangani COVID-19. Katanya, tindakan penyandang Parlimen Pagoh itu dengan melaksanakan darurat di seluruh negara adalah sesuatu yang perlu diambil pengajaran kerana ianya […]

» Read more

PRU15: Tiada apa yang mengejutkan… PH, PN, GTA Kitar Semula Ulang Skrip Lama

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menganggap tiada apa yang mengejutkan malah tindakan sudah dijangka berhubung pengumuman calon-calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) semalam. Katanya, PH, PN, GTA akan kitar semula, dan ulang-ulang skrip sama dalam kempen PRU15 mereka. […]

» Read more

Bijaklah Buat Pilihan, Politik Pihak Lawan Masih Wajah Pemimpin ‘Lama’ – Sharkar

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap rakyat bijak dalam membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini dengan menolak parti-parti pembangkang. Katanya ini kerana, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) pada ketika ini masih berada di takuk yang lama kerana dikemudi oleh pemimpin yang […]

» Read more

Hanya BN Mampu Beri Aspirasi, Dokongan Kepada Anak Muda – Faiz Hashim

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berpandangan golongan muda sekarang ini cukup bijak dan tahu menilai yang mana baik atau yang mana buruk. Jelasnya, dinamika politik kini cukup berbeza dengan dahulu kerana anak muda sekarang ini bijak memikir dan menilai pemimpin yang terbaik buat mereka. “Golongan muda ini mampu memikir dan menilai manakah pemimpin […]

» Read more

PRU15: Mahkamah Putuskan PM Tak Perlu Berunding Dengan Kabinet Untuk Bubar Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu berunding dengan anggota Kabinetnya untuk meminta Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan Parlimen. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri. “Justeru, saya berpandangan bahawa memandangkan […]

» Read more

UMNO/BN Punya Magis Tersendiri, Dukungan Akar Umbi Bentuk Pemimpin Negara

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpandangan UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan tersendiri dalam membentuk personaliti pemimpin seperti yang dilihat berlandaskan pencapaian tokoh-tokoh negara sebelum ini. Katanya ini kerana, tidak seperti parti lain UMNO/BN punya kelebihan kerana mendapat dukungan daripada ahli parti sehingga ke akar umbi dalam melaksanakan apa-apa jua […]

» Read more

PRU15: UMNO Pastikan Calon Dipilih Tidak ‘Besar Kepala’ – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Okt – UMNO akan memastikan calon yang dipilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah pemimpin yang mempunyai disiplin tinggi, tidak ‘besar kepala’ serta berani mempertahankan parti itu daripada diperlekehkan. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Top 5 UMNO bakal memilih calon yang tidak bersuara sumbang terhadap kepimpinan mereka sendiri, selain mempunyai sokongan akar umbi […]

» Read more

Rakyat Boleh Buat Perbandingan… UMNO/BN Untuk Masa Depan – Ahmad Zahid

BERA, 28 Okt – Rakyat telah membuat perbandingan di antara tiga kerajaan yang telah mentadbir negara dan tiada parti sebaik UMNO/Barisan Nasional (BN), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelasnya, beliau yakin rakyat boleh membuat pilihan terbaik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana pada saat ini terdapat enam parti gabungan yang menawarkan diri untuk mentadbir negara. […]

» Read more

Pakatan Sulit Bersama Tun M? … Tommy Terlalu Bongkak Menulis Memoirnya – Syed Johan

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat satu laporan Polis terhadap apa yang telah dinyahsulitkan oleh pejabat Perdana Menteri melalui tulisan bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas dalam memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata semasa Tun Mahathir menjawat jawatan tersebut, beliau […]

» Read more
1 802 803 804 805 806 1,904