Hanya BN Mampu Beri Aspirasi, Dokongan Kepada Anak Muda – Faiz Hashim
KUALA LUMPUR, 29 Okt – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berpandangan golongan muda sekarang ini cukup bijak dan tahu menilai yang mana baik atau yang mana buruk.
Jelasnya, dinamika politik kini cukup berbeza dengan dahulu kerana anak muda sekarang ini bijak memikir dan menilai pemimpin yang terbaik buat mereka.
“Golongan muda ini mampu memikir dan menilai manakah pemimpin yang terbaik untuk memilih sebagai satu aspirasi yang boleh mendokong setiap harapan dan impian mereka. Walaupun golongan muda ini dilihat masih mentah dan tidak dapat menilai kepimpinan parti yang terbaik.
“Orang muda pada masa kini sekiranya pemimpin itu harus mengambil hati anak muda, kena jadi macam diri mereka dan keperluan hidupnya, selami perasaannya dan jadi kita akan tahu apa kehendaknya. Inilah pendekatan yang Pemuda UMNO buat selama ini dan yakin dapat menawan kembali undi anak muda terutamanya yang ‘first votes’.
“Mereka lihat parti mana yang boleh bergaul mesra dengan mereka. Kalau dari segi media sosial dulunya banyak menggunakan laman Facebook tapi kini anak muda menggunakan TikTok dan media sosial ini boleh mempengaruhi minda mereka,” katanya semasa sesi wawancara bersama UMNO Online Khamis malam.
Beliau berkata demikian dalam segmen Bicara Politik PRU-15: Apa Pilihan Pengundi? bersama moderator Azlina Rosdy menerusi siaran langsung Facebook UMNO Online.
Faiz yang juga Pengarah Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia menasihati pada anak-anak muda agar dengar nasihat dari ibu bapa dan hanya Barisan Nasional (BN) mampu memberikan kesejahteraan pada rakyat.
“Cukup-cukuplah anak muda dan kali ini dengarlah cakap mak ayah sebab mereka di kampung sudah lama merasa nikmat yang diberikan oleh kerajaan BN sehingga dapat membesarkan mereka dalam pendidikan dan perkerjaan yang baik. Anak muda sekarang ini sudah bijak menilai ‘mana yang kaca dan mana yang permata’.
“Anak-anak muda yang memberi hasutan kepada ibu bapanya menjadi menyesal akibat dimomokkan oleh PH (Pakatan Harapan) mengenai PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), janji PH menawarkan satu juta peluang perkerjaan dan akhirnya ramai yang dibuang kerja. Kerajaan PH gagal mengurus tadbir negara dalam keadaan yang baik,” jelasnya lagi.
Dalam pada yang sama kata Faiz lagi, anak muda inginkan kehidupan yang terjamin hanya BN yang boleh menjamin kehidupan mereka berbanding dengan pembangkang.
“Anak muda sebenarnya inginkan jaminan kehidupan dari segi melanjutkan pelajaran, perkerjaan dan kemudahan kehidupan. Kita kena pandai-pandailah menilai daripada parti-parti pembangkang ini supaya dapat menilai balik adakah perkara yang dinyatakan ini benar atau sekadar ‘tanam tebu di bibir’.
“Pembangkang sebenarnya tidak memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat dan mereka tidak ada sistem mentadbir negara. Mereka selalu menabur pelbagai fitnah dan itu adalah cara paling mudah,” ujarnya. – UMNO Online
Oleh: Amin Adnan