Bung Moktar Yakin Kekal Kemenangan Di Kinabatangan

KINABATANGAN, 5 Nov – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan keyakinannya untuk sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan yang ditandinginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau yang berdepan persaingan satu lawan satu dengan calon Parti Warisan (WARISAN), Mazliwati Abdul Malek, berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan padu rakyat Kinabatangan terhadap BN. Katanya, […]

» Read more

Saya Masih Poster Boy, Calon PM BN – Ismail Sabri

BERA, 5 Nov – “Saya masih lagi poster boy dan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu telah diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung UMNO 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada April lepas. “Setakat […]

» Read more

PRU15 Untuk Bentuk Kerajaan Stabil, Pilih BN Yang Mampu Urus Negara – Tok Mat

    REMBAU, 5 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bertujuan untuk pembentukan sebuah kerajaan yang stabil dan mampu menguruskan negara. Sehubungan itu beliau yang juga calon BN Parlimen Rembau berharap rakyat dapat membuat pilihan yang bijak dan terbaik dengan memilih BN yang mempunyai ‘track record’ mengurus tadbir negara […]

» Read more

Enam Penjuru Di Putrajaya, Tengku Adnan Pesan Pilih Terbaik Untuk Kestabilan Dan Kemakmuran

PUTRAJAYA, 5 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditentang lima calon lain dalam usaha untuk mempertahankan kerusi terbabit menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini. Katanya sebagai negara demokrasi sesiapa sahaja bebas untuk menawarkan diri bertanding dalam PRU ini. “Mula-mula satu lawan satu, kemudian tiga lawan satu tapi kali […]

» Read more

UMNO Tidak Bertolak Ansur Tanding Parti Lawan, Keahlian Tergugur Automatik

KUALA LUMPUR, 5 Nov – UMNO telah meneliti senarai calon-calon yang telah mengemukakan pencalonan dan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan laporan yang diterima, terdapat ahli-ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong kepada parti lawan. “Sehubungan itu, keahlian mereka di dalam UMNO dengan […]

» Read more

Mahdzir Berdepan Empat Penjuru Di Padang Terap

PADANG TERAP, 5 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan berkenaan pada 19 Nov ini. Selain daripada Mahdzir yang menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.16 pagi, empat lagi lagi calon lain terdiri daripada Nurul Amin Hamid (Perikatan Nasional); Muaz Abdullah […]

» Read more

Undi BN, Undi Tok Mat… Semarakkan Suasana Penamaan Calon Parlimen Rembau

  REMBAU, 5 Nov – ‘Undi BN… Undi Tok Mat’ bergema di pekarangan pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong pagi ini apabila calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba sebelum ke pusat penamaan calon parlimen kawasan berkenaan pagi ini. Penyokong dan pendukung BN yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum serta seluruh pimpinan BN yang […]

» Read more

Semarak Jentera Iringi Tengku Adnan Pertahan Parlimen Putrajaya

PUTRAJAYA, 5 Nov – Pekarangan Kompleks Kejiranan Presint 9 dimeriahkan dengan paluan rebana dan sokongan lebih 5,000 jentera yang bersolidariti demi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan dalam mempertahankan kerusi Putrajaya. Sebelum berarak ke kawasan pekarangan pusat penamaan calon, bacaan doa turut dilakukan bagi memberkati urusan yang dilaksana. Sambil berjalan, Tengku Adnan yang lengkap berpakaian baju Melayu biru […]

» Read more

Ketepikan Masalah Dan Perbezaan, Pastikan Calon BN Menang – Ismail Sabri

BERA, 4 Nov – Ahli dan pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO hendaklah mengetepikan segala perbezaan serta masalah berbangkit berhubung keputusan calon yang dipilih untuk bertanding mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata setiap perkara dan keputusan dibuat dengan pertimbangan untuk parti, justeru tugas setiap ahli parti adalah untuk […]

» Read more
1 796 797 798 799 800 1,905