Hari Ini Penamaan Calon, Bermulanya Kempen PRU15

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Tirai kempen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) bermula hari ini dengan penamaan calon dibuka pukul 9.00 pagi di seluruh negara.

Proses penamaan calon akan melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak yang melibatkan 59 kerusi, Pahang (42) dan Perlis (15).


Parlimen ke-14 dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi memberi laluan kerusi Dewan Rakyat dipertandingkan semula dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Ini bermakna tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari iaitu selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding hari ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 Nov.

Turut diadakan serentak adalah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Dua kerusi Parlimen kosong selepas kematian penyandangnya iaitu Datuk Hasbullah Osman dari BN bagi kerusi Parlimen Gerik, Perak dan Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.