UMNO Putrajaya Komited Bantu Rakyat, Ziarah Kasih Bukti Keprihatinan Berterusan

Putrajaya, 5 Dis – UMNO Bahagian Putrajaya terus membuktikan komitmennya sebagai parti yang sentiasa bersama rakyat, khususnya dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Melalui program Ziarah Kasih yang dilaksana oleh Biro Kebajikannya, inisiatif mendekati golongan memerlukan dengan menyampaikan bantuan dan sokongan moral diaplikasi. Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya merangkap pengerusi biro terbabit, Husna Abdul Rahaman berkata keprihatinan ini adalah idea […]

» Read more

BRICS Tarif 100 Peratus AS: Malaysia Perlu Kaji Penggunaan Mata Wang Lain Lebih Teliti

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Malaysia perlu mengkaji penggunaan mata wang lain dengan lebih teliti untuk sebarang keputusan melibatkan isu tarif 100 peratus yang akan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) berlandaskan kepentingan dan dasar semasa negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia masih belum menjadi anggota BRICS secara rasmi termasuklah Indonesia, […]

» Read more

Pindaan RUU Perlembagaan (2024): Noraini Idris Sentuh Isu Kewarganegaraan Di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Senator Datuk Noraini Idris telah mengutarakan pandangannya terhadap cadangan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang melibatkan isu kewarganegaraan dengan menyokong pindaan tersebut, namun menekankan beberapa kebimbangan serta cadangan untuk memastikan keadilan dan keberkesanan pelaksanaannya. Noraini memuji pindaan pada Perkara 14(1)(b) yang membolehkan ibu warganegara Malaysia menurunkan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar […]

» Read more

Dua Tahun Genggam Amanah, Ahmad Zahid Ikrar Terus Beri Khidmat Terbaik

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kesyukuran sempena dua tahun amanah yang diberikan kepada beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Beliau yang juga Presiden UMNO berkata sepanjang tempoh tersebut, pelbagai cabaran telah dilalui dengan kenangan dan kejayaan yang telah dikecapi bersama. “Alhamdulillah, genap dua tahun saya […]

» Read more

Skandal Sabah Mineral Management: Terus Tegas Tuntut Keadilan, Tolak Penafian Buta – Mahat Jumahat

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Mohammad Mahat Jumahat memandang serius kenyataan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilihat cuba mempertahankan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nor tanpa asas kukuh, sambil mengetepikan fakta dan persoalan besar yang berbangkit daripada skandal Sabah Mineral Management Sdn Bhd.  Menurut beliau, isu skandal rasuah Sabah Mineral yang […]

» Read more

Terus Suburkan Perjuangan UMNO Di Sabah, Semangat Kebersamaan Demi Rakyat – Jeffery Nor

KOTA KINABALU, 4 Dis – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed menegaskan bahawa perjuangan UMNO di negeri tersebut perlu terus dihidupkan dalam apa jua keadaan lantaran keberadaannya amat relevan untuk semua. Katanya, UMNO berpegang kepada prinsip dan dasar perjuangan yang bertujuan untuk memastikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat diutamakan. “UMNO telah terbukti komited dalam membela rakyat, tanpa […]

» Read more

Ahmad Zahid Bangga Kejayaan KKDW, Usaha Gigih Perkasa Pembangunan

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyampaikan penghargaan atas kejayaan besar yang dicapai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sepanjang tahun ini. Beliau menegaskan bahawa pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih dan kerjasama erat semua pihak dalam memperkasakan pembangunan masyarakat desa di seluruh negara. Dalam ucapannya […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Gesa Tubuh RCI, Siasat Skandal Sabah Mineral Management

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Wanita UMNO Sabah menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal membabitkan syarikat Sabah Mineral Management Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Noraini Idris berkata ia bagi memastikan siasatan terperinci dilakukan berikutan salah urus serta penyelewengan dalam pengurusan syarikat tersebut. Menurut beliau ini kerana sebagai negeri […]

» Read more

Tiga Institusi TVET Terjejas Banjir Segera Dibaiki – Ahmad Zahid

MELAKA, 4 Dis – Tiga institusi menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang terjejas banjir di Kelantan akan segera dibaiki bagi memastikan pembelajaran pelajar tidak terjejas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata institusi yang terjejas ialah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, GIAT Mara Pasir Mas dan GIAT Mara Tumpat, yang mengalami kerosakan […]

» Read more

Penternakan Lembu Hibrid Skala Besar Mampu Dilaksanakan, Kurangkan Kebergantungan Daging Import

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata aktiviti penyeludupan, harga ternakan import dari negara sempadan dan juga harga makanan ternakan yang tinggi merupakan antara cabaran berkaitan keperluan daging lembu termasuklah penternakan lembu hibrid di negara ini. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian berkata kebergantungan negara terhadap […]

» Read more
1 … 741 742 743 744 745 … 2,372