UMNO Tetapkan Tiga Kriteria Pilih Calon PRN Kelantan

KOTA BHARU, 15 Mac – UMNO menetapkan tiga kriteria utama iaitu “winnability” (boleh menang), “acceptability’ (dapat diterima) dan “likeability” (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata calon juga akan dibuat berdasarkan keputusan pemilihan UMNO pada 18 Mac nanti. “Saya akan lihat selepas 18 Mac […]

» Read more

Individu Dalam Rakaman, Sebar Video Berdepan Tindakan Disiplin Parti – Shahrir

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023 memaklumkan pihak yang terlibat dalam video dan penyebaran membabitkan pengiraan undi bagi sayap Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa akan dirujuk ke Lembaga Disiplin. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, berkata ianya bertujuan bagi menyiasat secara terperinci dan mengenalpasti jenis hukuman untuk kesalahan yang dilakukan mereka. “Dengan apa yang telah berlaku dalam perwakilan […]

» Read more

Ahmad Jazlan Dilantik Semula Pengerusi Felcra Berhad

KOTA BHARU, 15 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Mac lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Perkara itu diumumkan Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan UMNO […]

» Read more

Wujudkan KPI Nilai Pemimpin Parti… Kembalikan Kegemilangan UMNO – Ahmad Zahid

KOTA BHARU, 15 Mac – Untuk memberikan semula kemenangan kepada UMNO, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar petunjuk prestasi utama (KPI) diletakkan bagi menilai pemimpin-pemimpin parti. Ujarnya, penilaian tersebut akan dilakukan oleh ahli dan akar umbi parti mengenai sejauh mana prestasi pemimpin parti membantu UMNO kembali gemilang. “Saya mahu mengingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa kita harus […]

» Read more

Penerima STR Diminta Kemas Kini Data Peribadi Sebelum 31 Mac – Ahmad Maslan

KOTA BHARU, 15 Mac – Kementerian Kewangan meminta individu yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini data mereka, sebelum 31 Mac ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendaftaran dan kemas kini data itu diperlukan susulan pembayaran STR bagi fasa dua akan diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau […]

» Read more

Melaka Mohon KKM Tambah Pusat, Mesin Dialisis

MELAKA, 15 Mac – Kerajaan Melaka memohon Kementerian Kesihatan (KKM) menambah pusat dan mesin hemodialisis bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata setakat ini Melaka mempunyai empat pusat hemodialisis KKM iaitu di Hopital Melaka, Hospital Alor Gajah, Hospital […]

» Read more

Kerja-Kerja Tanah Pembinaan Pusat Data Melebihi 50 Peratus – Ab Rauf

MELAKA, 15 Mac – Pelaksanaan kerja-kerja tanah bagi pembinaan pusat data di Ayer Keroh, yang merupakan antara projek pelaburan baharu di Melaka, kini melebihi 50 peratus, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu. Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata tanggungjawab menyelia projek pelaburan syarikat berpangkalan di Hong Kong itu digalas oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan […]

» Read more

KGT Tambahan Khas RM100 Untuk Penjawat Awam Pahang

KUANTAN, 15 Mac – Kerajaan Pahang bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas sebanyak RM100 kepada penjawat awam di negeri ini pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.  Beliau berkata kenaikan itu akan melibatkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta kepada kira-kira 8,000 orang kakitangan kerajaan negeri. Kenaikan itu juga, menurut Wan Rosdy adalah […]

» Read more

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 22 Mac

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen. Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah […]

» Read more

Strategi Kembalikan Keyakinan Rakyat Amat Penting Untuk Parti Kekal Relevan

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Strategi untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dilihat penting terutamanya bagi mengekalkan kerelevanan parti terutamanya kepada anak muda, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Ujarnya, proses Pemilihan UMNO yang berlangsung pada ketika ini merupakan salah satu kaedah untuk mengembalikan kegemilangan UMNO dan memulihkan sokongan rakyat kepada parti. “Kita semua […]

» Read more
1 723 724 725 726 727 1,924