UMNO Mesti Efektif Salurkan Pemahaman Jelas, Sangkal Dakyah Pihak Lawan – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap seluruh ahli parti termasuklah pendukung serta penyokong dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam usaha mengukuhkan kembali parti khususnya pasca Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu. Menurut beliau keputusan pada PRU lalu sememangnya perlu diambil kira dan dianalisa secara mendalam selain penerangan yang lebih tuntas […]

» Read more

Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Persidangan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula hari ini dengan anggota perwakilan akan mendengar amanat daripada ketua masing-masing. Persidangan Wanita UMNO akan berlangsung di Dewan Merdeka membabitkan 1,159 perwakilan dari seluruh negara sementara Pemuda UMNO akan bersidang di Dewan Tun Razak melibatkan 1,160 perwakilan dan perwakilan Puteri yang seramai 1,134 pula bersidang di […]

» Read more

Rangka Tindakan Kemajuan Melayu: UMNO Perlu Segera Anjur Kongres Melayu

KUALA LUMPUR, 7 Jun – UMNO perlu segera menganjurkan Kongres Melayu dengan menghimpunkan pemikir terbaik bangsa, untuk membantu menghasilkan rangka tindakan (blueprint) kemajuan dan pemodenan bangsa Melayu yang lengkap, menyeluruh dan kalis masa. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO perlu memulakan langkah berani dan tegas, dengan merangka rangka tindakan baharu dengan membawa agenda Melayu yang moden dan […]

» Read more

DNA UMNO Tetap Nasionalisme Melayu Dan Islam – Mohamad

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata DNA UMNO ialah nasionalisme Melayu dan Islam. Berucap ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, Mohamad berkata ia adalah jati diri yang sama sekali tidak akan kendur. “Kita parti nasionalis. Mempertahankan Melayu dan Islam itu perjuangan […]

» Read more

Tuntutan Sulu: Kerajaan Ambil Segala Tindakan Pertahan Kedaulatan Negara – Azalina

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Kerajaan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuk menyaman pihak pemberi dana (funder) dan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu berhubung kes tuntutan terhadap Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pihak berkenaan perlu membayar semula segala kos yang dikeluarkan […]

» Read more

Townhall Penerangan UMNO: Presiden Harap Ketua-ketua Penerangan Berperanan Jelaskan Isu

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Ketua-Ketua UMNO Bahagian memberikan peranan sepenuhnya kepada Ketua-Ketua Penerangan parti untuk menjelaskan segala isu yang dirangka pihak lawan terhadap akar umbi. Jelasnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) berupaya untuk mendapat lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 sekiranya jentera penerangan digerakkan dengan sebaiknya. “Naib Presiden […]

» Read more

PAU2023: Shamellya Harap Perwakilan Angkat Semangat Perjuangan Perkuat Kembali UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi berharap agar para perwakilan yang bakal menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan membawa balik semangat perjuangan untuk kembali perkuat UMNO bagi dibawa pulang ke bahagian masing-masing. Jelasnya, PAU 2023 ini merupakan sebuah medan untuk berbincang dan mengukuhkan parti ke arah yang lebih baik selepas melalui pelbagai […]

» Read more

Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu semalam, menjadi bukti kebenaran negara dalam mempertahankan hak dan kedaulatan negara. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kemenangan itu menunjukkan bahawa kes yang dibawa Malaysia adalah benar dan tepat, manakala kes yang dibawa pihak berkenaan adalah usaha […]

» Read more

Townhall Penerangan UMNO Julung Kali Diadakan, Bakal Dibawa Ke Peringkat Negeri

KUALA LUMPUR, 7 Jun – ‘Townhall Penerangan UMNO Malaysia’ yang diadakan buat julung-julung kalinya sempena Perhimpunan Agung UMNO akan dibawa ke peringkat negeri-negeri. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Penerangan UMNO perlu lebih kerap memunculkan diri bukan sahaja ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK). “’Townhall’ yang dianjurkan ini mungkin kita nak buat […]

» Read more

PAU 2023 Inspirasi Anak Muda Depani Perjuangan Masa Hadapan – Nur Dinie

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Landskap politik dinamik dan penuh cabaran adalah dugaan terbesar yang bakal ditempuh khususnya anak-anak muda selaku pewaris perjuangan. Lantaran itu, Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah, Nur Dinie Mohd Fadil berharap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang membuka tirainya hari ini bakal memberi inspirasi kepada anak-anak muda dalam meneruskan perjuangan parti. Katanya, apa yang […]

» Read more
1 681 682 683 684 685 1,941