UMNO Kedah Yakin Ahlinya Kekal Beri Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan

ALOR SETAR, 3 Julai – UMNO Kedah yakin ahli-ahlinya masih kekal dengan semangat parti dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kehilangan sokongan ahli UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu yang kini […]

» Read more

Teliti Segala Laporan Media Dan Blog, Jangan Terpengaruh Dengan Fitnah – Shaik Hussein

BAGAN, 3 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin meminta semua pihak agar meneliti segala laporan media dibuat termasuklah daripada laman blog agar tidak terpengaruh dengan sebarang fitnah yang sengaja ditimbulkan terutamanya melibatkan isu agama. Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah laman blog yang melaporkan berita mengenai tindakan seorang pemuda bukan Melayu mengarahkan sebuah […]

» Read more

Perkhidmatan Bas Maraliner Bermula Di Samarahan Dan Santubong Bulan Ini – Zahid

KUCHING, 3 Julai – Penduduk di bahagian Samarahan dan Santubong akan menikmati perkhidmatan bas henti-henti Maraliner, sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) bermula bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata projek perintis itu akan menjadi pencetus perubahan dari segi kemudahan awam bagi penduduk setempat […]

» Read more

PRN Kedah: Kesiapsiagaan Jentera UMNO Hadapi PRN Pada Tahap Tinggi – Reezal Merican

ALOR SETAR, 3 Julai – Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi, kata Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata keazaman dan semangat ahli parti itu bagi membantu dan memastikan kemenangan pada PRN akan datang masih tinggi meskipun keputusan Pilihan […]

» Read more

Kerjasama BN-PH: Rakyat Lebih Bijak Menilai Polemik Yang Sengaja Ditimbulkan PN

MARANG, 3 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin bahawa rakyat lebih bijak untuk menilai polemik yang sengaja ditimbulkan oleh Perikatan Nasional (PN) mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, seusai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, negara tidak berkerajaan selama lima hari kerana […]

» Read more

‘Differential Treatment’ eBelia, Muhamad Akmal Bidas Syed Saddiq

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas ciapan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan bahawa terdapat ‘differential treatment’ kepada para pelajar MARA dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam menerima bantuan eBelia Rahmah. Jelasnya, kedua-dua institut pengajian tersebut mempunyai jenis pembiayaan pelajaran yang berbeza dan ianya perlu diterangkan dengan seadilnya. […]

» Read more

Pilih Pemimpin Bertanggungjawab, Salah Pilih Akan Hilang Tempat Mengadu Untuk Membantu – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 3 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihati orang ramai khususnya pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi untuk bijak menentukan wakil rakyat mereka demi masa hadapan. Ini kerana katanya, natijah daripada tersalah pilih akan memberi kesan yang sangat besar untuk suatu tempoh sepenggal iaitu lima tahun […]

» Read more

UMNO Johor Adakan Konvensyen Selepas PRN Bincang Isu Pembangunan

JOHOR BAHRU, 3 Julai – UMNO Johor akan mengadakan konvensyen bagi memastikan isu pembangunan dan kemajuan di Johor dapat dijayakan khususnya perkara melibatkan kedudukan orang Melayu di negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri selesai, sementara tarikh dan lokasi akan […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Hantar Jentera PRN Enam Negeri Di Semenanjung

LAHAD DATU, 3 Julai – UMNO Sabah bercadang akan menghantar jentera bagi membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang dijangka pada bulan Ogos ini. Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dalam masa terdekat. Katanya, keputusan mengenai jentera UMNO yang dihantar di enam negeri tersebut akan dimuktamadkan pada […]

» Read more

PRN: Ahmad Zahid Harap GPS Turun Padang Bantu Calon BN

SRI AMAN, 2 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pengerusi BN itu berkata beliau mahu agenda kestabilan politik di Sarawak menjadi contoh serta diguna pakai oleh jentera gabungan berkenaan semasa berkempen kelak. “Saya […]

» Read more
1 665 666 667 668 669 1,945