PRN: Rakyat Kedah Diseru Pilih Pemimpin, Parti Terbaik Tadbir Negeri

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berharap agar rakyat di negeri tersebut memilih pemimpin dan parti yang dapat mengurus tadbir negeri dengan baik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Jelasnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk menambat hati rakyat dan meyakinkan mereka bahawa masa depan negara mesti […]

» Read more

UMNO Terus Konsisten Pertahan Islam/Melayu Di Bawah Kerajaan Perpaduan – Lokman

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengulangi pendirian bahawa UMNO akan terus konsisten dalam mempertahankan Islam/Melayu di bawah Kerajaan Perpaduan. Jelas beliau, ini kerana masih lagi dalam kalangan rakyat yang bimbang dengan Dap yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan melibatkan Islam/Melayu. “Selagi UMNO bersama dengan Kerajaan Perpaduan, insya-Allah Dap tidak akan […]

» Read more

PRN: Calon BN Diumum Malam Ini

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) malam ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini. Pengumuman calon tersebut diadakan secara serentak bagi enam negeri yang bakal diadakan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang. Senarai nama calon akan diumumkan sendiri […]

» Read more

Bung Moktar Tegaskan Pemuda UMNO Main Peranan Lebih Efektif Dekati Pengundi Muda

KOTA KINABALU, 21 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO perlu memainkan peranan penting dan lebih efektif dalam usaha mengukuhkan lagi parti di seluruh negara khususnya dalam mendekati golongan pengundi yang berumur 18 tahun agar memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagai wadah perjuangan politik mereka. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dari statistik pada pilihan raya umum yang […]

» Read more

Kerajaan Perak Selesai Isu Penempatan Semula 90 Keluarga Kg Simpang Halt

IPOH, 20 Julai – Kerajaan negeri Perak akan menyelesaikan isu penempatan semula 90 keluarga setinggan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kampung Simpang Halt di Taiping selepas mereka diberikan notis mengosongkan tanah itu. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya telah mendapat jaminan daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk menyelesaikan masalah […]

» Read more

BN/PH Dahulu Berlawan Sekarang Berkawan… Matlamat Menang PRN – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan dalam politik tentunya perubahan sudah pasti berlaku apatah lagi bagi memastikan keutamaan rakyat dan negara sebagaimana wujudnya Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, politik kini amat dinamik walaupun dahulunya berlawan tetapi sekarang ini berkawan. “Itu adalah dunia politik dan adat berpolitik yang perlu disesuaikan dengan keadaan. Dahulu […]

» Read more

JAINJ, MCMC Kerjasama Bendung Penyebaran Ajaran SiHulk – Mohd Fared

JOHOR BAHRU, 20 Julai – Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membendung segera penyebaran ajaran sesat Suhaini Muhammad atau SiHulk di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari […]

» Read more

REE Kedah: SPRM Rekod Kenyataan 12 Individu

KUALA NERUS, 20 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam kenyataan 12 individu, bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kesemua individu yang dipanggil setakat ini, merupakan daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan syarikat swasta, […]

» Read more

Pemasangan Lebih Banyak Stesen Pengecas EV Perlu Diberi Tumpuan Utama – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Dalam usaha memperluas ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV adalah satu aspek yang perlu diberikan tumpuan utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, dan pengecas super charger Tesla akan dapat menyumbang kepada […]

» Read more

Syarikat MKD Sumbang Lebih RM50 Bilion Sebagai Dividen Kepada Kerajaan Pada 2022

PUTRAJAYA, 20 Julai – Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan, lebih tinggi daripada RM28.1 bilion pada 2021, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata prestasi peningkatan sumbangan dividen itu perlu terus dipertingkatkan, bagi membolehkan ia dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan bantuan kewangan. […]

» Read more
1 638 639 640 641 642 1,934