GEM Yakin Penubuhan SEGiM Bantu Lindungi Penggiat Industri Gig

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) yakin penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dapat menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri gig. GEM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penubuhan tersebut merupakan keperluan bagi membolehkan kerajaan membantu warga penggiat e-hailing dan p-hailing dengan lebih efektif. “Kami yakin, Kerajaan Perpaduan dapat menoktahkan segala isu dan permasalahan berpanjangan di […]

» Read more

FELDA Bina Lima Pusat Hemodialisis Tahun Ini – Shabery

DUNGUN, 24 Julai – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membina lima pusat hemodialisis di tanah rancangannya di lima negeri tahun ini. Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembinaan itu dijangka menelan belanja RM2 juta bagi bangunan baharu dan RM1 juta untuk menaik taraf bangunan sedia ada melibatkan Felda Kertih 5, Terengganu; Felda Kelana Jaya, Selangor; Felda Wilayah Raja […]

» Read more

Jalaluddin Pertaruh Pengalaman, Hubungan Baik Dengan Rakyat Pertang

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang percaya bahawa rakyat di kawasan ini akan kembali memberi kepercayaan kepada dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Jelas beliau ini kerana ianya berdasarkan pengalaman dan hubungan yang baik dengan rakyat di kawasan memandangkan beliau adalah […]

» Read more

Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet

KEPALA BATAS, 24 Julai – Perbincangan dan kajian mengenai undang-undang berkaitan isu 3R (agama, raja dan kaum) termasuk sama ada akta baharu diperkenal akan dibentang kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pembentangan kajian fasa pertama itu akan dilakukan secara menyeluruh sebelum sebarang ketetapan […]

» Read more

Shaiful Hazizy Taruhan BN Di DUN Tanjung Dawai – SUA

KUALA LUMPUR, 24 Julai – UMNO/Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebentar tadi di Facebooknya. “Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN, maka diumumkan calon bagi kerusi DUN N26 […]

» Read more

PRN: Kerajaan Negeri Dan Pusat Harus Seiring, Pilih ‘Kalih Bagi Sama’ – Hisham Suhaily

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Barisan Nasional (BN), Hisham Suhaily Othman menjelaskan semasa pemerintahan BN di Negeri Kedah, Langkawi tidak terkecuali mendapat manfaat dari kerajaan pusat. Jelasnya, pembentukan kerajaan Pusat dan negeri perlu seiring bagi memastikan segala pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. “Langkawi terutamanya di Ayer Hangat mendapat perhatian yang khusus […]

» Read more

Inisiatif Payung Rahmah Perlu Diteruskan – Ahmad Zahid

PONTIAN, 24 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu inisiatif Payung Rahmah diteruskan oleh pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) nanti. Ahmad Zahid berkata ia kerana rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar pastinya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat diteruskan dalam menghadapi kenaikan kos […]

» Read more

PRN: Zawawi Saran Rakyat Guna Undi Sebaiknya, Bentuk Kerajaan Terbaik Di Kelantan

PASIR PUTEH, 24 Julai – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman menyarankan agar rakyat di Kelantan menggunakan undi mereka sebaiknya dalam membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Jelasnya, persiapan UMNO Negeri Kelantan dalam menuju ke PRN ini berjalan seperti biasa termasuklah dengan merangka manifesto kepada rakyat bagi mengubah negeri tersebut ke arah yang lebih […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Kekal Kukuh Dengan Kerjasama Mantap, Tolak Talam Dua Muka – Ak Mohd Yazri

KUALA PENYU, 24 Julai – Semua parti yang bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan perlu mencari titik persamaan untuk memperkukuh kesatuan dan bukan menumpukan kepada perbezaan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata sewajarnya semua pemimpin parti berusaha membawa kerjasama dan kestabilan di peringkat kerajaan ke peringkat ahli parti serta akar umbi. “Apabila semua parti […]

» Read more

PRN: UMNO Tidak Gadai Maruah, Sokong Perpaduan Demi Kestabilan – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan berkata UMNO tidak sama sekali menggadaikan prinsip dan maruah hanya kerana dalam Pakatan Harapan (PH) itu ada Dap yang sebelum ini pernah menjadi seteru politik. Menurutnya, pada hujung tahun lalu UMNO bersama PH membentuk Kerajaan Perpaduan atas titah Yang Di pertuan Agong (YDPA) bagi menstabilkan keadaan politik […]

» Read more
1 632 633 634 635 636 1,931