Shaiful Hazizy Taruhan BN Di DUN Tanjung Dawai – SUA

KUALA LUMPUR, 24 Julai – UMNO/Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebentar tadi di Facebooknya.

“Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN, maka diumumkan calon bagi kerusi DUN N26 Tanjung Dawai Kedah, BN ialah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin,” katanya.

Dengan pengumuman itu ianya menggenapkan keseluruhan 108 kerusi yang bakal ditandingi oleh BN pada PRN di enam negeri.

Dr Asyraf dalam itu meluahkan penghargaan kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang berkompromi membabitkan kerusi bagi DUN tersebut.

“Saya juga mewakili BN merakamkan penghargaan kepada PH, atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Dawai.

“Kepada Allah kita berserah. Mudah-mudahan diberikan kemenangan oleh Allah jua,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.