Jalaluddin Pertaruh Pengalaman, Hubungan Baik Dengan Rakyat Pertang

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang percaya bahawa rakyat di kawasan ini akan kembali memberi kepercayaan kepada dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Jelas beliau ini kerana ianya berdasarkan pengalaman dan hubungan yang baik dengan rakyat di kawasan memandangkan beliau adalah bekas ADUN di kawasan tersebut.

“Sekali lagi diberi kepercayaan kepada saya bertanding bagi kawasan DUN Pertang. Memikul, menerima tanggungjawab dan amanah ini sebagai perkara besar bagi saya.

“Masyarakat dan keluarga besar di Pertang ini mempunyai hubungan yang rapat dengan saya ini akan memudahkan bagi mendekati mereka memberi perkhidmatan semaksima mungkin.

“Semoga kaum keluarga, masyarakat di DUN Pertang memberikan saya mandat dan kepercayaan,” katanya.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dalam pada itu berkata beliau amat menitik beratkan kepentingan rakyat setempat tanpa mengira kaum dan agama.

Menurut beliau khidmat terbaik perlu dilakukan sebaiknya kerana ia merupakan asas perjuangan yang dibawa UMNO.

“Kepentingan masyarakat daripada pelbagai kaum dan bangsa terutamanya Melayu, Cina, India dan orang Asli di kawasan ini

“Hikmat, kerja kuat dan dasar perjuangan parti insya-Allah saya akan lakukan sebaik mungkin bagi kepentingan rakyat Pertang,” ujar beliau. – UMNO Online

Jom ikuti media sosial calon BN bagi DUN Pertang ini:
Facebook: Jalaluddin Alias
TikTok: jalaluddinaliasofficial

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.