Perniagaan Perlu Tangkas, Berdaya Tahan Depani Cabaran Rantaian Bekalan – Tengku Zafrul

KLANG, 30 Mei – Perniagaan digesa menerapkan strategi berdaya tahan, tangkas dan kebolehsuaian dalam operasi mereka bagi mendepani cabaran gangguan rantaian bekalan global memandangkan ketegangan geopolitik semakin menjadi perkara biasa dalam ekonomi global hari ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, landskap semasa menuntut kerjasama serantau untuk mengekalkan kesinambungan rantaian bekalan. Menurutnya, Malaysia sebagai […]

» Read more

Isu Air Sabah Masih Berlarutan, Bung Moktar Gesa Penjelasan Tuntas

KOTA KINABALU, 30 Mei – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meluahkan kekecewaannya terhadap isu tempatan yang masih berlarutan iaitu hal berkaitan bekalan air bersih yang masih membelenggu rakyat di negeri itu. Menurut Bung, sehingga kini tiada sebarang penjelasan konkrit diberikan oleh pemimpin bertanggungjawab mengenai bilakah masalah bekalan air bersih akan diselesaikan secara tuntas, bukan sahaja untuk pelajar […]

» Read more

Melaka Lancar Program “Zero To Hero”, Platform Transformasi Untuk Belia

MASJID TANAH, 29 Mei – Kerajaan Negeri Melaka hari ini melancarkan Program “Zero to Hero”, satu inisiatif transformasi belia yang memberi tumpuan kepada latihan intensif dalam bidang scaffolding, khususnya bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas. Majlis pelancaran yang berlangsung di HRSB Holdings Sdn Bhd, Masjid Tanah, disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Menurut beliau, inisiatif […]

» Read more

Komitmen Kerajaan Berterusan Tangani Kos Sara Hidup – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Kerajaan komited memastikan setiap kelompok rakyat di negara ini terbela dalam mendepani cabaran ekonomi masa kini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO, yakin melalui kerjasama kementerian dan agensi, pelbagai langkah proaktif akan terus digerakkan agar kehidupan rakyat sentiasa terbela. “Kerajaan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terbaik demi […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Terus Perkasa Sentuhan Kasih, Dekati Rakyat

KOTA KINABALU, 29 Mei – Wanita UMNO Sabah terus mengorak langkah mendekati masyarakat akar umbi menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan, selari dengan pendekatan “turun padang” yang menjadi teras perjuangan parti. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, menerusi program Sentuhan Kasih dan Ziarah Kasih, jentera Wanita telah turun padang menyantuni rakyat di pelbagai pelusuk negeri, bukan sekadar menyampaikan […]

» Read more

Bencana Ribut: Suhaimizan Melawat, Salur Peruntukan Terus Baiki Rumah Terjejas

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar telah turun padang untuk melawat mangsa bencana ribut di kawasan sekitar dan menyalurkan peruntukan terus untuk membaiki rumah mereka. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa terdapat empat buah rumah terjejas teruk di tiga kawasan iaitu FELDA Sungai Kelamah, Kampung Paya Lebar Air Kuning dan Kampung […]

» Read more

Perkasa Wanita Melalui Ilmu Digital Dan Kemahiran Komuniti – Norshida

SEGAMAT, 29 Mei – Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim, menegaskan bahawa wanita masa kini perlu bersedia menghadapi cabaran dunia moden dengan memperkasa diri melalui penguasaan pelbagai ilmu dan kemahiran, terutama dalam bidang digital dan keusahawanan. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat menekankan pentingnya wanita melangkah ke hadapan dan tidak ketinggalan dalam era transformasi digital yang […]

» Read more

Malaysia-UAE Komited Perkukuh Hubungan Strategik Demi Kesejahteraan Serantau

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Hubungan dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik yang berteraskan saling menghormati dan melengkapi, demi kesejahteraan serantau dan kemajuan bersama. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen tersebut dizahirkan menerusi pertemuan beliau bersama Menteri Pelaburan UAE, TYT Mohamed Hassan Al-Suwaidi di Kuala Lumpur semalam, […]

» Read more

Fitnah Perlu Dibanteras, Mohd Zaidy Sokong Tindakan Tegas Pengerusi MARA

JEMPOL, 29 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan tegas Setiausaha Agung UMNO merangkap Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, yang mengambil langkah undang-undang terhadap Ahli Parlimen pembangkang ekoran tuduhan fitnah terhadap dirinya dan institusi MARA. Menurut Mohd Zaidy, tindakan menyebarkan fitnah bukanlah satu […]

» Read more

Gunakan Kuasa Untuk Bekerja Demi Agama, Bangsa Dan Negara – Mohd Razlan

SABAK BERNAM, 29 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan bahawa kuasa dalam politik bukan sekadar soal jawatan atau kemewahan, sebaliknya ia adalah untuk memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2025 Koperasi Pembangunan Melayu Daerah Sabak Bernam Berhad yang berlangsung di Sungai Besar, baru-baru ini. “UMNO dan […]

» Read more
1 … 592 593 594 595 596 … 2,372