Latar Belakang Dr Ustaz Yusri, Beri Kekuatan Pada BN

TAPAH, 15 April – Latar belakang pendidikan tinggi dan cemerlang menjadi kekuatan buat calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini. Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berkata, ia menjadi kelebihan berikutan kelayakan akademik di samping pengalaman politik menyebabkan calon […]

» Read more

Jenazah Tun Abdullah Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan

KUALA LUMPUR, 15 April – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang. Perdana Menteri kelima itu dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara. Terdahulu, solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni. Selain balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, turut berada di Makam Pahlawan ialah anak Allahyarham, iaitu […]

» Read more

J-QAF: Jasa Besar Tinggalan Tun Abdullah Jadi Legasi Pendidikan Islam

KUALA LUMPUR, 15 April – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menyifatkan Malaysia kehilangan seorang negarawan ulung apabila mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir semalam pada usia 86 tahun. Ujarnya, sepanjang lebih tiga dekad berkhidmat dalam kerajaan sejak tahun 1978, Allahyarham meninggalkan legasi besar, khususnya dalam bidang pendidikan […]

» Read more

Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

KUALA LUMPUR, 15 April – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan permohonan rasmi kepada Jabatan Penjara, bagi mendapat kebenaran untuk menghadiri istiadat pengebumian Perdana Menteri Malaysia Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara semalam. Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah demikian […]

» Read more

Dr. Ustaz Yusri Rakam Takziah Atas Pemergian Pak Lah, Negarawan Luhur

TAPAH, 15 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi N.48 Ayer Kuning, Dr. Ustaz Yusri Bakir, merakamkan ucapan takziah atas pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dalam satu hantaran di media sosialnya, Dr. Yusri menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan berjiwa luhur yang tenang dalam kepimpinan serta sentiasa komited memperjuangkan nilai kesederhanaan dan perpaduan dalam masyarakat. “Pendekatan […]

» Read more

Keluarga, Ahli Politik, Rakyat Beri Penghormatan Akhir Kepada Pak Lah

KUALA LUMPUR, 15 April — Suasana suram menyelubungi Masjid Negara di sini hari ini dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia petang semalam. Ahli keluarga, ahli politik dan kenalan rapat yang hadir dibenarkan memasuki ruang masjid secara berperingkat untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 10 pagi hingga […]

» Read more

Ketenangan Pak Lah Adalah Kekuatannya – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketenangan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah kekuatannya, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika mengimbau kembali mengenai Perdana Menteri kelima itu. Azalina berkata, sifat tenang dan aman yang dimiliki Allahyarham Abdullah memberikan keyakinan kepada ramai pihak, terutamanya generasi muda yang berkecimpung dalam politik. “Karakter […]

» Read more

Tun Abdullah Diberi Istiadat Pengebumian Negara

KUALA LUMPUR, 15 ARIL – Jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara. Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan jenazah akan dibawa ke Masjid Negara pada 8 pagi dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari. “Jenazah akan disembahyangkan selepas solat […]

» Read more

Pemergian Tun Abdullah Kehilangan Besar Buat Negara, Negarawan Berjiwa Luhur – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 April – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Zahid, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan […]

» Read more

UMNO Ucap Takziah, Pak Lah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 14 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Presiden UMNO merangkap mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia hari ini. Dilaporkan, Allahyarham meninggal di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini pada usia 86 tahun. Allahyarham yang juga dikenali dengan […]

» Read more
1 572 573 574 575 576 2,360