Seramai 1,700 Warga Lipis Disantuni Menerusi Program Ziarah Kasih

LIPIS, 23 April – Seramai 1,700 penduduk dari 72 kampung di Parlimen Lipis menerima bantuan bakul makanan menerusi Program Ziarah Kasih yang dijalankan sepanjang Ramadan ini, membabitkan peruntukan RM170,000. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata program yang diadakan setiap tahun itu dengan kerjasama agensi-agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, penghulu mukim, ketua kampung dan Jawatankuasa […]

» Read more

KEDA Peruntuk RM6.4 Juta Bantuan Ekonomi Peserta Tahun Ini – Mahdzir

KUALA NERANG, 23 April – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) memperuntukkan RM6.4 juta bagi membantu 10,350 pesertanya menerusi pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan itu antaranya membabitkan bantuan peralatan, infrastruktur dan program pembangunan keusahawanan untuk projek pertanian, ternakan dan perniagaan. “Antara jenis bantuan yang diberikan adalah input pertanian seperti benih […]

» Read more

Pan Borneo Zon Timur Selesaikan Isu Kerosakan Laluan Kinabatangan-Telupid

SANDAKAN, 22 April – Pelaksanaan empat pakej Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur bagi laluan Kinabatangan-Telupid bakal menyelesaikan isu kerosakan jalan raya sedia ada yang menimbulkan rungutan pengguna selama ini termasuk yang ditularkan di media sosial. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata projek itu akan menyelesaikan kerosakan yang kerap berlaku di jalan raya utama, terutama dari […]

» Read more

PM Berbuka Bersama Ketua, Timbalan Dan Setiausaha UMNO Bahagian

PUTRAJAYA, 22 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berbuka puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini. Majlis yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu itu, turut disertai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri antaranya Datuk Seri Wan Rosdy (Pahang), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan) dan Tan Sri Noh Omar (Selangor). […]

» Read more

Bas Ulang-Alik Percuma, Tangani Masalah Kesesakan Di BSI

JOHOR BAHRU, 22 April – Kerajaan Johor menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma bermula esok, bagi menangani masalah kesesakan yang berlaku di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata inisiatif itu bagi memudahkan orang ramai mengharungi kesesakan, di laluan jambatan pejalan kaki dari JB Sentral ke bangunan tersebut. Katanya keputusan menyediakan perkhidmatan itu dibuat […]

» Read more

Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Asas 2022 Berada Pada Kadar 18.33 Peratus – PM

KUALA LUMPUR, 21 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas Tahun 2022 negara setakat 15 April lepas adalah pada kadar 18.33 peratus. Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) tahun ini, yang dipengerusikannya dan turut dihadiri empat Menteri Kanan serta ketua […]

» Read more

Johor Lihat Perkembangan RUU Anti Lompat Parti Di Parlimen Sebelum Perkenal Enakmen

ISKANDAR PUTERI, 21 April – Johor akan melihat perkembangan terkini berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di peringkat Parlimen sebelum kerajaan negeri memperkenalkan Enakmen Anti Lompat Parti di peringkat negeri itu. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia bagi memastikan agar terdapat keselarian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. “Saya lihat apa pun yang berlaku di peringkat […]

» Read more

Ramadan Eratkan Ukwah Keluarga UMNO, Peralihan Ke Fasa Endemik Ceriakan Rakyat

KULIM BANDAR BAHARU, 21 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata fasa peralihan ke endemik memberi kesan amat positif kepada ekonomi penduduk tempatan dan menceriakan rakyat berbanding fasa pandemik sejak dua tahun lepas. Ini kerana katanya rakyat berpeluang menjana pendapatan khususnya mereka yang berniaga di bazar Ramadan. “Baru-baru ini saya meninjau sendiri di […]

» Read more

Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa

KUALA LUMPUR, 21 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa atas pemergian tokoh pentabir perkhidmatan awam itu hari ini. Mewakili Keluarga Malaysia, Ismail Sabri mendoakan agar seluruh keluarga bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu sabar dan tabah menghadapi dugaan. Beliau menyifatkan Allahyarham yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama […]

» Read more

Dr Mohd Puad Zarkashi Dilantik Speaker DUN Johor Ke-15

ISKANDAR PUTERI, 21 April – Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 pada mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini. Mohd Puad, 64, merupakan calon tunggal yang dicadangkan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan disokong ADUN Buloh […]

» Read more
1 570 571 572 573 574 1,537