Syarikat Swasta Urus Tempat Letak Kereta Hospital Melaka Tahun Depan – Ab Rauf

MELAKA, 31 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata syarikat swasta akan menguruskan tempat letak kenderaan di Hospital Melaka pada tahun depan dalam usaha menyelesaikan isu tapak meletak kenderaan yang terhad di hospital berkenaan. Ab Rauf berkata penswastaan berkenaan juga akan melibatkan penggunaan beberapa mekanisme seperti perkhidmatan ‘valet parking’ atau ‘jockey’ yang akan turut diperkenalkan. “Inisiatif ini […]

» Read more

Menteri Kabinet Ucap Selamat Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Para menteri Kabinet menerusi media sosial mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia hari ini. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selain mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan, beliau turut berharap Malaysia kekal maju, makmur dan sejahtera. Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula melahirkan penghargaan kepada pekerja sektor pengangkutan yang sanggup meredah cuaca mencabar berjam-jam, demi […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Menyambut Hari Kebangsaan, Seru Rakyat Berpadu Atas Nama Perpaduan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan dan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu-padu atas nama perpaduan. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut mengajak rakyat untuk menghayati erti kemerdekaan meskipun berbeza agama, budaya dan bangsa. “Kita, rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Perpaduan adalah kekuatan asas kita, […]

» Read more

Melaka Tambah Baik Kemudahan, Fasiliti Pastikan Zon Bebas Kenderaan Berjalan Lancar

MELAKA, 30 Ogos – Kerajaan negeri Melaka akan menambah baik kemudahan dan fasiliti termasuk kawasan parkir bagi memastikan pelaksanaan zon bebas kenderaan di kawasan tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam pada setiap Sabtu berjalan lancar. Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata selain itu […]

» Read more

Tanggungjawab Bersama Anggota OIC Untuk Tangani Islamofobia – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 29 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia. Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan penglibatan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu […]

» Read more

Anwar Hargai Komitmen TNB, Petronas Sokong Usaha Peralihan Tenaga Negara

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghargai komitmen, profesionalisme, dan dedikasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam menyokong usaha peralihan tenaga negara. Beliau berkata Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kepentingan kerjasama antarabangsa dalam mempercepat inisiatif peralihan tenaga kerana usaha kolektif boleh memacu perubahan positif untuk masa depan yang lebih […]

» Read more

Tuan Ibrahim Cakap Tidak Serupa Bikin, Semata-mata Untuk Raih Populariti Demi Undi PRK – Hariri

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – UMNO boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan menghormati agama Islam, Raja Melayu, bangsa Melayu dan Bahasa Melayu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan ternyata Pakatan Harapan (PH) berjaya memenuhi aspirasi ini.  Demikian tegasnya Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Noor Hariri Mohamed Noor yang membidas pemimpin Pas yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim […]

» Read more

Johor Mohon Tempat Letak Kereta Bertingkat Di HSA

JOHOR BAHRU, 29 Ogos – Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata selain isu HSA yang sudah mencapai had kapasiti dalam menampung jumlah pesakit, isu pelawat ataupun pesakit yang sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan […]

» Read more

Duta Khas Bertaraf Menteri Hanya Jumpa Duta Dan Buat ‘Crowdfunding’ Selama Dua Tahun? – Hairi Md Shah

JOHOR BAHRU, 29 Ogos – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hairi Md Shah mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri selama dua tahun. Ini kerana katanya, ramai yang turut mempersoalkan apakah peranan dan tugas yang dilaksanakan beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut. “Umum ketahui Presiden Pas, Tan […]

» Read more

Beri Sokongan Kepada Presiden Untuk Bangkit Perkasakan Kembali UMNO – Siti Aminah

KOTA KINABALU, 29 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Siti Aminah Aching mengajak anggota parti semua peringkat dari negeri, bahagian dan akar umbi supaya mendukung usaha yang dilakukan oleh kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah berikutan reputasi sokongan yang menyusust kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam enam PRN baru-baru ini. Katanya, mendesak Presiden berundur belum tentu dapat […]

» Read more
1 572 573 574 575 576 1,912