Kemenangan Spg Jeram Kukuhkan Lagi Kerajaan Negeri Johor – Fared

BAKRI, 10 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid menzahirkan kesyukuran di atas kemenangan calon Perpaduan Ir Nazri Abdul Rahman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Menurutnya, dengan kemenangan calon dari Pakatan Harapan (PH) ini secara tidak langsung menguatkan lagi Kerajaan Perpaduan negeri Johor ke arah negeri yang lebih maju. […]

» Read more

PH/BN Johor Berjaya Terjemah Aspirasi Perpaduan

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kerana memberikan sokongan di kotak undi bagi dua calon dari parti Kerajaan Perpaduan. Azalina juga mengucapkan tahniah atas kemenangan kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang mendapat sokongan dari […]

» Read more

Ahmad Zahid Dan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Ucap Tahniah Atas Kejayaan Di Pulai, Simpang Jeram

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari Sabtu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jentera parti dalam gabungan Kerajaan […]

» Read more

PRK Pulai: Kemenangan Suhaizan Bukti Rakyat Iktiraf Kerjasama PH-BN

JOHOR BAHRU, 9 Sept – Suhaizan Kaiat, yang menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai, malam ini berkata kemenangan beliau adalah bukti penerimaan rakyat di kawasan itu sekali gus mengiktiraf kerjasama gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata kemenangan tersebut juga bermakna beliau perlu memikul satu amanah yang […]

» Read more

Alhamdulillah… Tahniah Bangsa Johor Miliki Jati Diri, Keistimewaan Tersendiri

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersyukur atas kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) wakil parti Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Dr Asyraf yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pulai yang baharu Saudara Suhaizan Kayat dan Ahli […]

» Read more

Kemenangan Di Simpang Jeram Hasil Kerjasama Kukuh BN-PH – Ir Nazri

MUAR, 9 Sept – Nazri Abdul Rahman menyifatkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hari ini sebagai hasil kerja keras dan kerjasama kukuh antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata keputusan itu sekali gus menghapuskan stigma bahawa kerjasama kedua-dua gabungan tidak diterima oleh pengundi di kawasan tersebut, […]

» Read more

Suhaizan Menang Di Pulai Dengan Majoriti 18,641 Undi

JOHOR BAHRU, 9 Sept – Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi sekali gus membolehkan parti itu mempertahan kawasan yang dimenangi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini. Suhaizan, yang bertanding buat kali ketujuh dalam pilihan raya, memperoleh 48,283 undi bagi menewaskan dua pencabarnya iaitu Zulkifli Jaafar daripada Perikatan […]

» Read more

Calon PH Ir Nazri Menang PRK DUN Simpang Jeram, Majoriti 3,514 Undi

MUAR, 9 Sept – Calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini dengan majoriti 3,514 undi. Timbalan Ketua Amanah Bakri itu memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon Bebas yang juga ahli perniagaan S Jeganathan […]

» Read more

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

Pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi disekitar pusat pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.13 Dewan Undangan Negeri Dun Simpang Jeram hari ini. Bagi proses pengundian yang bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang ini dan sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran dibuka bagi DUN Simpang Jeram. 📸 Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA #BernamaNews #BernamaImages #PRKSimpangJeram

JOHOR BAHRU, 9 Sept – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang bermula 8 pagi tadi berakhir dengan kesemua 61 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini. Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 362 saluran iaitu 294 di Parlimen Pulai dan 68 di DUN Simpang […]

» Read more

Sidang Khas Dewan Rakyat Bermula Isnin Ini Bentang Kajian Separuh Penggal RMK12

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang bersidang enam hari bermula Isnin ini bakal tertumpu kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. KSP RMK12 itu disediakan bagi mengukur pencapaian pada 2021-2022, serta hala tuju 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira […]

» Read more
1 554 555 556 557 558 1,909