Goldman Sachs Lawan Malaysia: Kerajaan Akan Beri Respons Ikut Rangka Undang-undang Ditetapkan – Johari

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kerajaan akan memberi respons mengikut rangka kerja undang-undang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara terhadap tindakan Goldman Sachs mahu menyelesaikan pertikaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara timbang tara. “Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan tindakan Goldman Sachs ini kerana kedua-dua pihak masih dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik. “Bagaimanapun susulan […]

» Read more

UMNO Tidak Boleh Diam Diri Dengan Tohmahan Dibawa Pembangkang – Nizar

KUALA LUMPUR, 12 Okt – UMNO tidak hanya boleh berdiam diri dengan tohmahan dilakukan oleh pembangkang yang memainkan pelbagai sentimen dalam menarik sokongan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria. Beliau malah berpandangan bahawa tindakan berikut dilakukan Perikatan Nasional (PN) apabila cemburu dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang ketika ini berada dalam kerajaan. “UMNO tidak boleh berdiam diri […]

» Read more

Pemuda Perpaduan Kecam Israel, Seru Rakyat Bersama Dalam ‘Himpunan Solidariti Bersama Gaza’

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Pemuda Perpaduan berpendirian tegas mengecam sekeras-kerasnya jenayah kemanusiaan dalam konflik Perang Palestin-Israel dan menggesa agar ianya dinokhtahkan segera setelah mengambil kira kesengsaraan dan kehilangan nyawa orang awam yang tidak terkira dari kedua-dua belah pihak. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Mohd Akmal Saleh; Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), […]

» Read more

Malaysia Sentiasa Nyata Bantahan Berterusan Konflik Palestin-Israel – Zambry

  KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa Malaysia sentiasa berterusan menyatakan pendirian dan dukungan terhadap keadaan semasa berkenaan penderitaan dihadapi rakyat Palestin. Katanya, Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi sejak beberapa bulan lalu seperti mana peristiwa yang berlaku di Jenin. “Kita berkali kali mengeluarkan kenyataan bantahan berterusan setiap masa. […]

» Read more

Pasca PRK Pelangai: Kesepaduan BN Berjaya Sekat Gelombang Hijau – Fikhran Hamsi

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan usaha parti itu berjaya menyekat kemaraan gelombang hijau daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fikhran Hamsi Mohamad Fatmi berkata kesepaduan jentera parti menerangkan pada pengundi-pengundi dan dapat menyekat gelombang hijau dari terus berkudis di […]

» Read more

Himpunan #SolidarityForPalestine: Ayuh Zahirkan Sokongan Jumaat Ini – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan orang ramai untuk bersama-sama menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan serangan dan penindasan dari Regim Zionis dengan bersama-sama hadir dalam Himpunan #SolidarityForPalestine. Himpunan terbabit yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan diadakan selepas solat, Jumaat di Masjid Negara. “Insya-Allah Himpunan #SOLIDARITYFORPALESTINE akan diadakan Jumaat […]

» Read more

Komitmen Kerajaan Tambah Baik Tatakelola, Ketelusan Pengurusan Dasar Fiskal Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata satu akta berkaitan pengurusan dasar fiskal dirangka berdasarkan konteks Malaysia bagi memastikan kemampanan kewangan awam, memelihara kestabilan makroekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat. Katanya, akta yang dicadangkan ini mengandungi objektif dan sasaran fiskal yang jelas untuk dicapai oleh kerajaan dalam tempoh jangka masa sederhana. “Akta yang dicadangkan […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Sedia Bantu GPS Hadapi PRK DUN Jepak – Ahmad Zahid

KUCHING, 11 Okt – Kerajaan Perpaduan sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun, beliau yakin GPS merupakan sebuah parti Sarawak yang cukup kuat untuk memenangi PRK itu nanti. “Kita yakin GPS merupakan sebuah parti Sarawak yg cukup kuat dan […]

» Read more

Pasca Pelangai: Rakyat Semakin Yakin Dan Iktiraf Kerajaan Perpaduan – Suhaimizan

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar berkata kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah pengiktirafan bahawa rakyat semakin yakin dengan Kerajaan Perpaduan. Katanya, sokongan rakyat Pelangai  memberi keyakinan kepada Kerajaan Perpaduan sekali gus menjadi wadah terbaik untuk memajukan dan memakmurkan […]

» Read more

KDN Komited Beri Kesedaran Kepada Orang Awam Risiko Terjebak Pinjaman Daripada ‘Ah Long’

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya sentiasa komited dalam memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan risiko terjebak dengan pinjaman daripada ‘ah long’ atau ceti haram. Menurut beliau, meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memberikan bantuan secara khas kepada peminjam ah long namun akan bertindak melindungi peminjam sekiranya diancam. […]

» Read more
1 517 518 519 520 521 1,904