PRN Sabah: Pemuda UMNO Tawau Teguh Pertahan Prinsip, Tolak Pengkhianatan Politik

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Pemuda UMNO Tawau, Rushamizan Rustam menegaskan, perjuangan pergerakan terbabit kekal berpaksikan kepada prinsip kesetiaan, integriti dan tanggungjawab terhadap rakyat. Katanya, episod pengkhianatan politik tersebut menjadi pengajaran besar kepada semua pihak bahawa kestabilan negeri tidak boleh dibina di atas dasar ketamakan dan kepentingan peribadi. “Pemuda UMNO Tawau akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk […]

» Read more

Belanjawan 2026: KKDW Komited Perkasa Komuniti Desa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Menjelang Pembentangan Belanjawan 2026 yang akan berlangsung pada hari ini, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menzahirkan komitmen untuk terus memperkasakan komuniti desa. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan yang diberikan kepada KKDW […]

» Read more

Pahang Pacu Pelaburan RM5 Bilion Menerusi ECERDC – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Kerajaan Negeri Pahang merakamkan penghargaan kepada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) atas kejayaan memacu pelaburan direalisasi berjumlah RM5 bilion serta pelaburan komited sebanyak RM3.9 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu membuktikan kedudukan Pahang sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Wilayah […]

» Read more

PRN Sabah: Kriteria Etnik, Subetnik Calon Antara Yang Dipertimbangkan – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 10 Okt – Kriteria etnik dan subetnik antara yang diambil kira Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang akan datang, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. ‎‎Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya kini dalam proses meneliti kemampuan menang nama-nama yang telah […]

» Read more

Utamakan Kestabilan Negeri Sabah, Politik Katak Musnahkan Demokrasi – Suhaimi

SANDAKAN, 9 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa kestabilan politik merupakan asas utama kepada kemakmuran rakyat, namun ketika Parti Warisan menerajui kerajaan negeri, Sabah menyaksikan tempoh paling tidak stabil dalam sejarahnya. Menurut beliau, kerajaan Warisan yang terbentuk pada 2018 bukan hasil mandat rakyat sebenar, tetapi berpunca daripada tindakan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]

» Read more

Agenda Perumahan Berkualiti Bukti Komitmen Kerajaan Johor Prihatin Rakyat

ISKANDAR PUTERI, 9 Okt – Usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor memastikan rakyat memiliki kediaman berkualiti dan berdaya huni terus dizahirkan melalui pembangunan Projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Iskandar Puteri Bangsa Johor yang kini menunjukkan kemajuan pesat. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, projek itu mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan […]

» Read more

UMNO Sabah Tetap Kukuh, Prinsip Perjuangan Tidak Pernah Berubah

KOTA KINABALU, 9 Okt – UMNO Sabah menegaskan parti itu kekal kukuh dan tidak akan tergugat biarpun berlaku perubahan dalam keanggotaan, termasuk penyertaan Datuk Sairin Karno ke dalam Parti Warisan. Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, parti menghormati keputusan peribadi tersebut namun menegaskan perjuangan UMNO tidak pernah bergantung kepada individu semata-mata. “UMNO Sabah berpegang kepada semangat kolektif, disiplin perjuangan […]

» Read more

UMNO Pendang Terus Angkat Agenda Masyarakat, Jadi Suara dan Sandaran Rakyat

PENDANG, 9 Okt – UMNO terus memainkan peranan sebagai jambatan utama antara rakyat dan kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar. Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob, berkata usaha kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk […]

» Read more

Kerajaan Teliti Ketetapan Konvensyen 152 Untuk Dilaksanakan – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 9 Okt – Semua ketetapan yang terhasil dari Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan termasuk berkaitan langkah-langkah bagi memperkasa Bahasa Melayu dalam negara akan dibawa untuk penelitian Majlis Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pemerkasaan Bahasa Melayu dalam negara adalah relevan dengan situasi semasa dan diperlukan pelaksanaanya. “Pastinya perkara ini akan dibawa […]

» Read more

Pembangunan Semula Kampung Baru: Kepentingan Orang Melayu Perlu Diberi Perhatian – Adnan

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hasan mencadangkan agar pembangunan Kampung Baru dipandu oleh beberapa prinsip asas termasuklah kepentingan orang Melayu. Menurutnya, kerajaan wajar menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pemantau yang dianggotai wakil penduduk, pakar profesional seperti jurutera dan arkitek serta pihak kerajaan sendiri. “Kita tidak boleh mengabaikan peranan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) […]

» Read more
1 379 380 381 382 383 2,360