Malaysia Peroleh 2,500 Penempatan Baharu TVET di China

SHANGHAI, 7 Nov – Malaysia memperoleh 2,500 penempatan baharu bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China pada tahun hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pada tahun lepas sebanyak 5,125 tempat ditawarkan kepada belia Malaysia untuk menjalani latihan TVET di institusi dan industri terkemuka China. “Penambahan ini dibuat setelah kejayaan […]

» Read more

Kertas Putih Pendidikan, Kesihatan Perlu Dilaksanakan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 7 Nov —Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menyarankan agar Kertas Putih Pendidikan dan Kesihatan perlu segera dilaksanakan bagi menangani pelbagai isu asas yang telah lama membelenggu sistem pendidikan dan kesihatan negara. Ujarnya, sistem pendidikan di Malaysia kini berdepan masalah yang berakar umbi dan memerlukan pendekatan menyeluruh serta penyertaan pelbagai pihak bagi mencari jalan […]

» Read more

Tindakan Tolak Belanjawan 2026 Bukti Pembangkang Tidak Utamakan Rakyat – Jasnizam Husni

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Muhamad Jasnizam Muhamad Husni mengecam tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menolak Belanjawan 2026 dan memperlihatkan satu tindakan yang dianggap kurang profesional serta tidak berlandaskan semangat demokrasi yang matang. Jelas beliau, belanjawan wajar dinilai secara objektif dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara, bukannya dijadikan medan politik untuk mendapatkan […]

» Read more

PRN Sabah: Nik Mohd Nadzri Seru Penduduk Keningau Beri Peluang Kepada BN

KENINGAU, 7 Nov – Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi, menyeru penduduk Sabah khususnya di kawasan P.180 Keningau agar memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata demikian ketika sesi “Sembang Santai” bersama penduduk Kampung Tuarid Liawan, pada Rabu […]

» Read more

PPBM Hilang Arah Tiada Hala Tuju, UMNO Terus Kukuh Di Akar Umbi – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menegaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini semakin kehilangan momentum politik serta gagal menunjukkan arah tuju yang jelas kepada penyokong dan rakyat. Menurutnya, keadaan itu semakin ketara apabila beberapa tokoh utama parti tersebut dilihat tidak lagi memainkan peranan, malah ada yang telah meninggalkan parti berkenaan. “PPBM […]

» Read more

Pahang Capai Kutipan Hasil RM1 Bilion Empat Tahun Berturut-Turut

KUANTAN, 7 Nov – Kerajaan Pahang berjaya mencapai sasaran kutipan hasil RM1 bilion untuk tahun ini sekali gus menjadikannya pencapaian tahun keempat berturut-turut. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu membuktikan kecekapan pentadbiran serta komitmen tinggi penjawat awam dan pembayar cukai dalam menjayakan agenda pembangunan negeri. “Saya dimaklumkan oleh Pegawai Kewangan Negeri bahawa hasil kerajaan negeri […]

» Read more

Markas Anak Muda BN PDM Tenambak Simbol Semangat Juang Generasi Baharu

KUALA PENYU, 7 Nov – Penubuhan Markas Anak Muda Barisan Nasional (BN) bagi PDM Tenambak menjadi bukti nyata semangat dan kekuatan generasi muda dalam memperkukuhkan perjuangan parti di peringkat akar umbi. Pelancaran markas tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi BN Beaufort merangkap Penyelaras BN Dun N.33 Kuala Penyu, Datuk Awang Aslee Lakat, dalam satu majlis yang berlangsung penuh semangat di Kg. […]

» Read more

PRN Sabah: Mohamad Hasan Sahkan Tiada Pertembungan Kerusi BN-PH

PUTATAN, 7 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan bahawa tiada pertembungan kerusi antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, walaupun masih terdapat perbincangan dalam BN sendiri berkenaan kerusi yang akan ditandingi, pertembungan pasti tidak akan berlaku antara dua parti […]

» Read more

PRN Sabah: Tok Mat Hasan Turun Padang, Dekati Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan telah turun padang untuk mendekati rakyat di Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah berkesempatan untuk ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Putih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat. “Pagi ini ke […]

» Read more

Rundingan PH-BN Negeri Sembilan Bukti Komitmen Terhadap Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, Hazratul Ilani Misdar menyambut baik saranan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menyeru diadakan perbincangan strategik antara pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Beliau berkata gesaan tersebut bertepatan dengan semangat Kerajaan Perpaduan sekaligus menunjukkan kematangan […]

» Read more
1 353 354 355 356 357 2,359