Tidak Masuk Akal Cadang Muzium Ajaran Sesat Di Langkawi – UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 7 Nov – UMNO Kedah menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah supaya diwujudkan sebuah muzium ajaran sesat di pulau pelancongan berkenaan sebagai satu idea yang sangat menyimpang daripada logik dan keperluan industri pelancongan. Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online berkata apa perlunya muzium seperti itu, tambahan pula di Langkawi. […]

» Baca lanjut

Saham MAHB: Malaysia Tegaskan Tidak Terlibat Sebarang Hubungan Diplomatik Israel – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Malaysia tidak terlibat dalam sebarang hubungan diplomatik atau institusi secara langsung dengan Israel atau mana-mana negara yang mewakili Israel termasuklah dalam isu Pemerolehan Saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP). Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Alamin berkata, perkara tersebut telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat […]

» Baca lanjut

Usaha Pembangunan Luar Bandar Diterima Baik, Mohd Zaidy Sokong Inisiatif DPLB 2030

JEMPOL, 7 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abd Kadir, menyambut baik pelbagai usaha dan inisiatif yang digariskan Kerajaan Perpaduan dalam usaha memastikan kehidupan rakyat terbela khususnya masyarakat di luar bandar. Katanya, Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 serta Pelan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2021 yang telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana […]

» Baca lanjut

Gerak Kerja UMNO Beaufort Terus Rancak, Manfaatkan Peranan Kerajaan Untuk Rakyat

BEAUFORT, 7 Nov – Gerak kerja UMNO Bahagian Beaufort terus rancak dengan usaha menyantuni rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat menekankan pentingnya menyokong usaha parti dan menghargai peranan kerajaan serta agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam membantu rakyat, terutama dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di […]

» Baca lanjut

UMNO Kekal Berprinsip, Pelihara Kepentingan Orang Melayu Dan Islam – Shamsul Anuar

LENGGONG, 7 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah bertegas bahawa parti keramat ini masih kekal dalam prinsip membawa perjuangan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan Islam. Katanya, ini terbukti melalui ketetapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menyaksikan pelbagai agenda dibawa bagi […]

» Baca lanjut

Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis Umum Keputusan Bermakna Buat Kedaulatan Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Mahkamah Agung Perancis menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau menyifatkan ia sebagai kemenangan bersejarah buat Malaysia kerana keputusan penting itu bermakna asas awal yang membawa kepada Award Akhir […]

» Baca lanjut

DPLB 2030, Pelan Strategik KKDW Bantu Usaha Kurangkan Migrasi Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pelbagai usaha dan inisiatif yang digariskan melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 serta Pelan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2021 mampu mengurangkan perpindahan masyarakat luar bandar ke bandar. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dasar dan pelan itu, yang memfokus kepada strategi bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat […]

» Baca lanjut

Tengku Zafrul Tandatangani Perjanjian Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Bersama China

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah menandatangani Rancangan Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Republik Rakyat China. Ujarnya, perjanjian ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai sektor strategik. “Pelan ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan kerjasama berkualiti tinggi […]

» Baca lanjut

SUA Sifatkan UMNO Sabah Komited Bela Nasib Rakyat, Perjuangan Hak-hak Bumiputera

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pimpinan dan keseluruhan jentera UMNO Sabah dilihat kekal komited dalam membela nasib rakyat di negeri ini. Menurut beliau, ia dibuktikan dengan kesungguhan dilakukan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menggerakkan kekuatan jentera demi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan demi memastikan kesejahteraan rakyat. “Di bawah kepimpinan […]

» Baca lanjut

Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 Tumpu Ekonomi, Pekerjaan, Keusahawanan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 memberikan tumpuan kepada ekonomi, pekerjaan dan keusahawanan agar belia Malaysia memiliki peluang yang adil. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 ini turut menjadi dokumen dasar untuk memperkasa taraf hidup anak muda negara. “Majlis Peluncuran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 dan Mesyuarat […]

» Baca lanjut
1 198 199 200 201 202 1,890