UMNO Sabah Masih Utuh – Hajiji

KOTA KINABALU, 1 Dis –  UMNO Sabah masih utuh dan bersatu dengan program khidmat sosial parti bersama rakyat masih dijalankan di semua bahagian, kata Pengerusinya Datuk Hajiji Noor. Justeru katanya adalah tidak adil untuk mengkritik UMNO secara keterlaluan memandangkan parti itu juga banyak berjasa dalam pembangunan Sabah. “Pilihan Raya Umum ke-14 sudah selesai. Sepatutnya sekarang tumpuan perlu diberikan terhadap tanggungjawab dan kerja harian kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. “Seluruh rakyat di negeri ini harus bekerjasama demi mengembalikan kegemilangan Sabah. Kita perlu […]

» Read more

BN Pahang Optimis Mampu Kekalkan Kemenangan Di Cameron Highlands

KUANTAN, 1 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis parti berkenaan mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Cameron Highlands sekiranya pilihan raya kecil (PRK) diadakan di kawasan itu. Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian memandangkan calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu Datuk C. Sivarraajh […]

» Read more

Jangan Jadi Dalang Cetus Permusuhan Pelbagai Kaum – Sultan Nazrin

KUALA KANGSAR, 1 Dis – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat terutama pemimpin supaya tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan puntung kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini. Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak menzahirkan rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian […]

» Read more

Mesyuarat Khas Hadapi PRK Cameron Highlands – Wan Rosdy

KUANTAN, 30 Nov – Barisan Nasional (BN) Pahang akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kata pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata mesyuarat itu akan diadakan segera, sungguhkan percaya Anggota Parlimen kawasan itu, Datuk C. Sivarraajh akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya […]

» Read more

BN Akan Fail Rayuan Kekosongan Kerusi Cameron Highlands, Teruskan Khidmat Kepada Pengundi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Barisan Nasional (BN) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Cameron Highlands, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Hari ini, Mahkamah Pilihan Raya di sini mengisytiharkan kemenangan BN bagi kerusi terbabit dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi […]

» Read more

Papa Gomo Ditahan… Bila Pula Nak Tahan Waytha Moorthy Yang Terima Lebih 150 Laporan Polis?

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang masih belum menahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy biarpun telah lebih 150 laporan polis dibuat terhadapnya. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian ekoran penahanan Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO. “Papagomo ditahan […]

» Read more

Turunkan Harga Minyak, Teruskan Bantuan Nelayan, Petani Dan Pekebun Sawit Perlukan Dua Pertiga?

BATU PAHAT, 30 Nov – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi teruja dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mempunyai helah terbaru bagi mengelakkan menunaikan janji-janji mereka ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Ini katanya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kekurangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen sebagai alasan. “Tun M sudah ada […]

» Read more

Himpunan ICERD Tidak Timbulkan Kebencian – Hasni

ISKANDAR PUTERI, 29 Nov – Himpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak bertujuan membangkitkan sentimen kebencian sesama kaum. Pengerusi Badan Pehubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamad berkata, perhimpunan itu hanya mahu menyatakan supaya perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara tidak perlu diungkitkan. Katanya, sudah dijelaskan perhimpunan berkenaan sebagai satu perhimpunan […]

» Read more

Mohamad Merayu Keputusan DUN Rantau

SEREMBAN 29 Nov. – Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, rayuan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Persekutuan iaitu sebelum tempoh memfailkan notis rayuan selama 14 hari berakhir petang ini. “Keputusan untuk merayu […]

» Read more

Jawapan Menteri Di Dewan Rakyat Tak Boleh Pakai? – Abdul Rahman

KUALA LIPIS, 29 Nov – Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berterusan mengamalkan dasar ‘U-Turn’. Ini berikutan katanya, pada sidang Dewan Rakyat Oktober lalu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberi jaminan terdapat beberapa Klinik 1Malaysia yang tidak akan ditutup termasuk di Lipis tetapi sebaliknya berlaku apabila fasiliti rakyat […]

» Read more
1 1,866 1,867 1,868 1,869 1,870 1,942