BN Akan Fail Rayuan Kekosongan Kerusi Cameron Highlands, Teruskan Khidmat Kepada Pengundi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Barisan Nasional (BN) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Cameron Highlands, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hari ini, Mahkamah Pilihan Raya di sini mengisytiharkan kemenangan BN bagi kerusi terbabit dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

“Jentera BN ditunjangi UMNO dan MIC mesti bersiap siaga untuk hadapi semua kemungkinan.

“Ahli Parlimen akan meneruskan perkhidmatan kepada pengundi, biarpun dalam kepayahan,” katanya yang juga Presiden UMNO dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan, Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan amalan rasuah terbukti telah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan responden (Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh) dalam pilihan raya itu, iaitu pemberian wang kepada pengundi untuk mendorong mereka mengundi BN.

Bagaimanapun, beiau tidak akan melaporkan mana-mana individu yang telah dibuktikan pada perbicaraan yang didapati bersalah melakukan amalan rasuah itu kerana ketidakkonsistenan dalam keterangan saksi pempetisyen berhubung identiti orang yang sebenarnya menyerahkan wang berkenaan,” katanya.

Katanya, tidak dipertikaikan bahawa Orang Asli akan mengalu-alukan sebarang bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan daripada semua pihak termasuk pemberian mesin pemotong rumput oleh pempetisyen (calon DAP M. Manogaran) sendiri. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.