Batal Sijil AIM: Tindakan Gopoh Kerajaan

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta untuk mengkaji semula cadangan membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana langkah itu disifatkan sebagai usaha yang tergesa-gesa. Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan itu juga dilihat tidak wajar dengan situasi masa kini serta memberikan impak dan kesan negatif dalam kalangan rakyat termiskin. “Berdasarkan […]

» Read more

5,000 Pemuda UMNO Dan Jabatan Amal Pas Bergandingan Jaga Keharmonian Himpunan Sabtu Ini

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Bagi memastikan kelancaran dan keamanan sepanjang program Himpunan Ummah di Dataran Merdeka, 8 Disember ini, kira-kira 5,000 Pemuda UMNO serta Jabatan Amal Pas akan bergandingan dan bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dapat berhimpun dengan aman dan tidak mencetuskan […]

» Read more

Hadir Himpunan Aman 812 Sabtu Ini, Tunjukkan Solidariti Pertahankan Asas Perlembagaan Negara

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Persoalan kenapa perlu hadir Himpunan Aman 812, Sabtu ini dijawab oleh dua orang pengamal undang-undang, Adnan Seman dan Mohd Fasha Musthafa yang sependapat bahawa himpunan terbabit adalah tanda untuk sama-sama bersolidariti bagi memberikan mesej kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah hari ini bahawa perkara-perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan. Dua peguam […]

» Read more

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Merosot Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka merosot kepada 4.5 peratus tahun depan daripada 4.8 peratus tahun ini, dengan permintaan domestik memberikan sedikit kelegaan di tengah-tengah prospek yang lebih mencabar bagi eksport, kata Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW). Penasihat Ekonomi dan Pakar Ekonomi Asia Untuk Oxford Economics, Sian Fenner berkata, inflasi yang lebih tinggi, pengetatan kadar […]

» Read more

Usahlah Bimbang, Jangan Pandang Himpunan Aman 8 Dis Ini Penuh Syak Wasangka

SHAH ALAM, 5 Dis – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari meminta orang ramai untuk tidak melihat Himpunan Aman 8 Dis ini dengan penuh syak wasangka kerana ia adalah himpunan kesyukuran apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memaklumkan tidak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD). Katanya, UMNO sentiasa bersikap rasional dan tidak menimbulkan protes yang akan […]

» Read more

Saya Tidak Bohong, Ada Bukti – Saarani

IPOH 5 Dis. – Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendakwa mempunyai bukti termasuk akuan bersumpah lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang ditemui exco kerajaan negeri yang cuba menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta gambar pertemuan tersebut. Saarani berkata, kesemua bukti berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis sekiranya beliau dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. […]

» Read more

Jawapan Dr Marzlee Jadi Bualan Netizen Bukti Rakyat Nilai Tindak-Tanduk Kerajaan PH – Shahar

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berpandangan rakyat sudah matang dalam melihat perkara yang berlaku di sekeliling mereka hari ini terutama sebarang langkah atau apa jua yang dilontarkan oleh mana-mana pihak khususnya pemimpin kerajaan. Menurut beliau jawapan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Parlimen mengenai sukatan pelajaran sejarah yang telah menimbulkan kontroversi menunjukkan bagaimana […]

» Read more

Himpunan Aman 812 Bukan Demonstrasi Tapi Untuk Pertahankan Hak – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Himpunan Aman 8 Dis ini bukanlah untuk berdemonstrasi tetapi untuk mempertahankan hak yang perlu bagi mewujudkan sikap saling menghormati. Katanya, cubaan untuk membawa sentimen dan memecah-belahkan Melayu harus dihentikan oleh pihak-pihak tertentu. “Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua bakal berhimpun di Kuala Lumpur […]

» Read more

Lapan Sebab Kenapa Perlu Sertai Himpunan Ummah Sabtu Ini – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki  hari ini memberi  lapan sebab kenapa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik untuk menyertai himpunan aman yang akan di adakan Sabtu ini. Menurut beliau antaranya mensyukuri kejayaan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan […]

» Read more

Zahid Persoalkan Janji Manifesto PH Satu Juta Peluang Pekerjaan Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menimbulkan persoalan di Parlimen berhubung manifesto di dalam buku Harapan mengenai peluang pekerjaan dan gaji yang dijanjikan. Menerusi soalan tambahan pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bertanya apakah yang dijanjikan itu sekadar di atas kertas sahaja. […]

» Read more
1 1,826 1,827 1,828 1,829 1,830 1,904