Majlis Tindakan Ekonomi Bukti Kerajaan PH Pincang Urus Negara

KUALA LUMPUR, 12 Feb. – Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) UMNO sekata dengan penulisan Penasihat Media Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi mencerminkan kekurangan dalam tadbir-urus ekonomi negara. Dalam hal ini, JKS juga beranggapan ia menunjukkan kepincangan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Menteri Kewangan, Bank Negara dan tokoh-tokoh yang dilantik mengetuai beberapa GLC, misalnya PNB dan Khazanah Nasional. “Kami […]

» Read more

SPR Dikendali Seorang Individu, Boleh Dianggap Tak Hormat Perlembagaan Persekutuan, Hina Agong

KUALA LUMPUR, 12 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, setiap tindakan dan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini boleh dianggap tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan seolah-olah menghina kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja. Ini kerana jelas beliau, SPR hari ini hanya dikendalikan oleh seorang individu sahaja dan ia ternyata […]

» Read more

UMNO Perak Desak Penjelasan, Syarikat Modal RM2 Tanpa Pejabat Operasi Dapat Tanah Seribu Ekar

IPOH, 12 Feb – UMNO Perak mendesak kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan dengan penjelasan yang telus berhubung isu pemberian tanah hutan seluas seribu ekar kepada syarikat yang bermodalkan RM2. Menurut Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad, UMNO Perak memandang serius pendedahan demi pendedahan berhubung pengurusan khazanah hutan di negeri tersebut yang seolah-olah kini menjadi bahan dagangan politik. “Pertama, bagaimana sebuah syarikat yang […]

» Read more

Patutlah Sering Silap Titik Perpuluhan, Rupanya Menteri Kewangan Hanya Pemegang Lesen ‘L’ Akauntan

KEPALA BATAS, 12 Feb. – Penganalisa Politik, Azizi Safar membidas ugutan saman oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadap media pro-Barisan Nasional (BN) yang mempersoalkan kelayakan akademiknya. Soal beliau, di manakah hak kebebasan bersuara yang selama ini dicanang oleh Pakatan Harapan (PH). “Adakah rakyat kini tidak boleh bertanya bagi mendapatkan kebenaran? Maklumlah… isu sijil pelajaran kini adalah isu hangat memandangkan […]

» Read more

PRK DUN Semenyih Pentas Terbaik Rakyat Suarakan Rasa Tak Puas Hati Terhadap PH

SEMENYIH, 12 Feb – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Johan Abd Aziz berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah pentas terbaik untuk rakyat membuktikan bahawa ‘suara’ mereka adalah penentu kejayaan sesebuah parti. Jelas beliau, PRK ini juga pentas terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). “Tapi semuanya […]

» Read more

AES: Dulu Pertikai, Kini Maqasid Syariah

KANGAR 12 Feb. – Kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus bahawa pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menepati maqasid syariah, terus dipertikai pelbagai pihak. Terbaharu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula membidas kenyataan Hasanuddin yang disifatkan cuba menggunakan pendekatan agama untuk menghalalkan pemasangan ter¬sebut oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Malah, Tuan Ibrahim secara […]

» Read more

Adakah Jabatan Peguam Negara Sudah Bertukar Menjadi Salah Satu Jabatan Pakatan Harapan?

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Seorang Pengamal Undang-undang, Adnan Seman menyifatkan Pejabat Peguam Negara sekali lagi dipersoalkan ‘kebebasannya’ oleh rakyat  setelah surat dalaman pejabat berkenaan tular di media sosial berhubung peringatan supaya kes-kes rasuah ke atas individu-individu tertentu hendaklah segera dijalankan. “Selepas isu pembebasan kes tuduhan rasuah membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng oleh Mahkamah atas keputusan menarik balik kes […]

» Read more

BN Luluskan Bajet, Maszlee Tak Malu Ambil Kredit Konon Usaha PH

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Penganalisa Politik, Ab Jalil Backer menempelak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berterusan membuat pembohongan demi pembohongan. Ab Jalil merujuk kepada tindakan Pejabat Menteri Pendidikan membuat kejutan dan lawak apabila mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan pembinaan sekolah baharu, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi di Semenyih adalah hasil keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap rayuan penduduk di […]

» Read more

Pengundi DUN Semenyih Fail Saman Terhadap SPR

SHAH ALAM, 11 Feb – Seorang pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghalang suruhanjaya itu daripada mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih akan datang. Selain SPR, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff, 58, selaku plaintif turut menamakan Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun serta Kerajaan Persekutuan sebagai defendan-defendan dan […]

» Read more

AES: Mengapa Masa Berjanji Untuk Hapuskan Dulu Tidak Rujuk Maqasid Syariah – Syed Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Feb – “Masa berjanji dulu untuk hapuskan mengapa tidak rujuk maqasid syariah,” bidas Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus bahawa pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menepati maqasid syariah. “Mengapa sekarang bila nak kekalkan apa yang Barisan Nasional (BN) […]

» Read more
1 1,796 1,797 1,798 1,799 1,800 1,908