Semangat Juang Tak Luntur, Pemimpin Parti Suntik Semangat Ahli UMNO Akar Umbi – Ahmad Razif

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Pengerusi Perhubungan UMNO  Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, biarpun UMNO dan Barisan Nasional menerima kekalahan besar yang mengejutkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu, namun beliau melihat semangat perjuangan ahli-ahli UMNO masih tinggi dan menerima kekalahan itu dengan pemikiran dan sikap yang positif. Menurut beliau, tindakan pantas Datuk Seri […]

» Read more

Khairy Galas Tugas Laksana Cadangan Penambahbaikan UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin telah diberikan tugas oleh parti dalam melaksanakan cadangan serta penambahbaikan UMNO dan BN dalam usaha mengorak langkah ke depan. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media Majlis Tertinggi (MT) UMNO, […]

» Read more

Pertandingkan Semua Jawatan Dalam UMNO Langkah Pertama Kembalikan Kepercayaan Rakyat – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 22 Mei – “Wanita UMNO yakin keputusan untuk membuka semua jawatan dipertandingkan adalah satu langkah pertama yang signifikan bagi merejuvenasikan UMNO sebagai parti yang menjadi sandaran kepercayaan rakyat,” jelas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Jelas beliau, tindakan tersebut (mempertandingkan semua jawatan dalam UMNO) mampu membawa pembaharuan dan perubahan yang diperlukan oleh parti di saat […]

» Read more

UMNO Tak Kan Berkubur, Kini Masa Untuk Bangkit Bina Semula Parti

PEKAN, 22 Mei – Ketua Wanita UMNO bahagian Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman berkata, masa untuk ahli UMNO menangis telah tamat dan kini adalah masa bagi semua ahli mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit membangunkan parti. Jelas beliau, parti keramat UMNO ini tidak akan berkubur begitu sahaja seperti yang diimpikan oleh Pakatan Harapan. “Kami Wanita akan pastikan roh perjuangan kembali […]

» Read more

Pemilihan UMNO Peluang Parti Pamer Kesungguhan Laksana Pembaharuan

JOHOR BAHRU, 22 Mei – UMNO Johor melihat pemilihan parti yang bakal berlangsung adalah peluang bagi UMNO untuk lakukan pembaharuan dan mempamerkan kesungguhan untuk berubah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selaras dengan itu, Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan petang tadi memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu mesti dipertandingkan. “Kita (UMNO Johor) […]

» Read more

Biarpun Tewas UMNO Hargai Pengundi, Janji Terus Ke Depan Untuk Bangkit Kembali – Azhari

KUALA LUMPUR, 21 Mei –  Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata biarpun tewas pada pilihan raya umum yang baru berakhir kira-kira seminggu yang lalu, namun segala sokongan yang diberikan oleh segenap pengundi kepada parti perlu diambil kira dan diberikan penghargaan sewajarnya. Serentak itu beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi yang telah membuat pilihan dan insya-Allah dengan segala […]

» Read more

Puteri UMNO Kunjungi Najib, Beri Sokongan Moral Untuk Terus Tabah

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini telah mengadakan lawatan kepada bekas Perdana Menteri dan juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di kediamannya di Jalan Langgak Duta. Kumpulan lebih 50 orang anggota Puteri UMNO itu tiba kira-kira pukul 8. 00 pagi dan berkesempatan menemui Najib sebelum beliau bertolak ke Pekan. Lawatan tersebut […]

» Read more

Kekalkan Keamanan Selepas PRU14 – Tengku Abdullah

KUANTAN, 19 Mei – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya mengekalkan keamanan dan perpaduan antara pelbagai bilangan bangsa dan kaum di negara ini. Baginda bertitah supaya mengenepikan sebarang sentimen perkauman dan perlu terus mengekalkan keharmonian, saling hormat dan toleransi antara satu sama lain. “Saya harap setelah negara kita baru sahaja selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Perkukuh Parti Untuk Teruskan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mesyuarat cawangan yang bermula hari ini adalah platform terbaik untuk pastikan UMNO kembali bangkit. Beliau percaya UMNO negeri itu akan terus bangkit kerana Kedah pernah merasa menjadi pembangkang dahulu. Jelas beliau, walaupun kali ini Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan pusat […]

» Read more

Bangkit Kembali Bina Parti Dari Keruntuhan, Aplikasi Mesyuarat Cawangan Suntik Semangat

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru agar semua ahli UMNO untuk bersama-sama kekal bersatu meneruskan perjuangan bagi terus memartabatkan maruah agama, bangsa dan tanah air. Jelas beliau, hanya orang yang benar-benar sayangkan UMO akan faham apa perjuangan UMNO dan akan terus kekal dalam parti keramat ini walaupun UMNO tewas dalam […]

» Read more
1 1,701 1,702 1,703 1,704 1,705