Biarpun Tewas UMNO Hargai Pengundi, Janji Terus Ke Depan Untuk Bangkit Kembali – Azhari

KUALA LUMPUR, 21 Mei –  Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata biarpun tewas pada pilihan raya umum yang baru berakhir kira-kira seminggu yang lalu, namun segala sokongan yang diberikan oleh segenap pengundi kepada parti perlu diambil kira dan diberikan penghargaan sewajarnya.

Serentak itu beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi yang telah membuat pilihan dan insya-Allah dengan segala kekuatan  dan kudrat yang ada UMNO akan terus berjuang untuk semua.

“Kita hari ini mesti terus bangkit dan kukuhkan perpaduan dengan menyusun strategi untuk naik kembali. Tidak mustahil dengan berbekalkan segala kudrat dan semangat yang ada insya-Allah kita bersedia dan setakat ini di Shah Alam kerja kita berjalan seperti biasa. Bangkit dan terus tawan hati rakyat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Azhari seterusnya menambah sokongan daripada jentera parti di pelbagai peringkat bahagian terbabit menambahkan lagi iltizam dan juga semangat pasukan UMNO Shah Alam untuk terus mengorak langkah.

Katanya langkah untuk ke depan tidak terhenti sebelum ini sebaliknya dilipatgandakan dan insya-Allah akan terus meningkat.

“Di bahagian Shah Alam setelah perjumpaan di semua peringkat Alhamdulillah mereka masih mahu bersatu dan mula bekerja dan semalam pun bekerja macam biasa. Akar umbi minta saya teruskan perjuangan dan tidak patah semangat.

“Minta pada semua ahli dan penyokog di luar sana, terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan undi kepada kami dan insya-Allah akan bangkit sehingga kita mencapai kejayaan,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.