Dua Puteri UMNO Sabah Tawar Diri Tanding Exco Puteri

KOTA KINABALU, 10 Jun – Pergerakan Puteri UMNO Sabah mengetengahkan dua calon Exco Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan pergerakan sayap 23 Jun ini. Ketua Puteri UMNO Sabah Normalah Rasik berkata dua calon yang menawarkan diri untuk pemilihan Exco Puteri UMNO itu ialah Ketua Puteri UMNO Sipitang Suzie Hamat dan Ketua Puteri UMNO Kota Marudu Sharifah Lydia Sharif Dandan. “Puteri UMNO […]

» Read more

Faezah Tawar Diri Tanding Naib Ketua Puteri UMNO

SEREMBAN, 9 Jun – Nur Faezah Fazal, Pegawai Khas kepada Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini. Nur Faezah, 28, berkata beliau harap dapat diberikan kepercayaan daripada anggota untuk mengalas tanggungjawab tersebut. “Sejak saya bersama UMNO, saya menyedari perjuangan ini bukan perjuangan yang sementara. Perjuangan ini tidak […]

» Read more

Annuar Umum Jawatan Bakal Ditandingi Minggu Depan

KOTA BHARU, 9 Jun – Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bercadang untuk bertanding pada pemilihan UMNO, namun akan membuat pengumuman jawatan apa yang bakal ditandingi itu pada minggu depan. Anggota Parlimen Ketereh itu berkata beliau perlu melawat banyak negeri bagi memberi penerangan supaya proses pemilihan parti tersebut berjalan dengan baik. “Sekarang ini saya mahu tumpukan untuk membantu pentadbiran […]

» Read more

Sultan Selangor Amat Dukacita Tindakan Orang Melayu Hasut Benci Raja

SHAH ALAM, 8 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-raja Melayu. Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri. “Peranan institusi raja adalah bagi memelihara […]

» Read more

Pengerusi BiKUM Tawar Diri Untuk Terus Berkhidmat Kepada UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Menurut beliau politik semasa hari ini memperlihatkan parti berdepan cabaran besar untuk bangkit semula sebagai sebuah parti bermaruah, berkuasa dan diterima rakyat. “Jadi, untuk #UMNOBANGKIT parti mestilah menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Paling […]

» Read more

Tiga Lagi Wanita UMNO Sabah Tawar Tanding Jawatan Sayap Wanita Pusat

KOTA KINABALU, 8 Jun – Tiga lagi pemimpin Pergerakan Wanita UMNO dari negeri Sabah menawarkan diri bertanding jawatan dalam pergerakan itu di peringkat pusat, menjadikan bilangan calon dari negeri Sabah setakat ini yang menawarkan diri menjadi empat. Ketua Wanita UMNO Silam Mizma Appehdullah dan Naib Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid masing-masing menawarkan diri bertanding Exco Pergerakan Wanita […]

» Read more

Mustapa Mahu Tanding Jawatan MT UMNO

KOTA BHARU, 8 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya mahu bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan menolak untuk merebut jawatan lain yang lebih tinggi termasuk timbalan atau presiden parti itu. Mustapa berkata fokus beliau sekarang adalah untuk mempertahankan jawatan MT yang disandangnya itu pada pemilihan parti 30 Jun ini. “Terima kasih kepada […]

» Read more

Jalaluddin Alias Tawar Diri Bertanding MT UMNO

SEREMBAN, 8 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias menawarkan diri untuk bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini. Jalaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata keputusan itu dibuat demi kelangsungan perjuangan mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanah air. “Jika diberi mandat oleh anggota, saya sangat berkeyakinan akan dapat membantu parti dalam […]

» Read more

Pulau Batu Puteh: BN Johor Hantar Memorandum

ISKANDAR PUTERI, 7 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri Johor berkaitan penarikan balik semakan kehakiman ke atas Pulau Batu Puteh oleh kerajaan pusat. Memorandum itu yang turut mengandungi permohonan bagi tafsiran penghakiman status Tubir Selatan diserahkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad kepada Setiausaha Sulit I […]

» Read more

Ismail Sabri Tanding Jawatan Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Badan Perhubungan UMNO Pahang mengumumkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Yaakob sebagai calon merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu pada 30 Jun ini. Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata mereka juga mencalonkan penyandang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, lantikan presiden, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin untuk bertanding bagi jawatan Ahli MT. Selain […]

» Read more
1 1,671 1,672 1,673 1,674 1,675 1,678