Ahli UMNO Harus Berhenti Jadi Pembangkang Dalam Pembangkang

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, ahli UMNO harus berhenti mengamalkan sikap menjadi pembangkang dalam pembangkang. Justeru jelas beliau, semua pihak harus bersatu dan terus mempertahankan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden. “Datuk Seri Zahid harus dikekalkan kerana beliau seorang yang cekal, berjiwa besar, mesra […]

» Read more

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

BESUT, 15 Dis – “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar UMNO. Kenyataan Anggota Parlimen Besut itu dimaklumkan kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp setelah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut. Idris diuar-uarkan akan mengikut jejak Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang berbuat demikian semalam dan kini […]

» Read more

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR, 14 Dis – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin yang meninggal dunia petang tadi. Bernama melaporkan Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini kira-kira pada jam 6.20 petang, disahkan oleh adiknya Abdul Lazam. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam ciapan di […]

» Read more

Ahli Parlimen Jelebu Dan Jempol Nafi Akan Tinggalkan UMNO

SEREMBAN, 14 Dis – Dua anggota Parlimen dari Negeri Sembilan menafikan akan meninggalkan UMNO seperti mana yang tular di media sosial. Kedua-dua mereka, anggota Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan anggota Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif sebaliknya, berpendirian untuk kekal berjuang bersama parti yang diwakili mereka. “Tidak benar dakwaan itu. Saya masih lagi dengan UMNO. Ada pihak yang […]

» Read more

BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands

LIPIS, 14 Dis – Barisan Nasional (BN) Pahang sudah memulakan gerak kerja awalan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata tindakan itu bermula selepas dimaklumkan bahawa calon BN Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Datuk C.Sivarraajh tidak akan mengemukakan rayuan kepada keputusan Mahkamah […]

» Read more

Ringgit Gagal Kekang Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ringgit gagal meneruskan kenaikan semalam apabila diniagakan rendah pagi ini berbanding dolar AS berikutan aktiviti pengambilan untung. Pada 9.18 pagi, unit tempatan berada pada 4.1800/1850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1780/1820 semalam. Sementara itu, seorang peniaga berkata pemain pasaran akan memantau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 18-19 Dis, untuk mencari bayangan […]

» Read more

Petisyen Pilihan Raya Rantau: Rayuan Mohamad Didengar 18 Feb

PUTRAJAYA, 13 Dis – Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai tidak sah dan terbatal serta memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan segera. Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, mewakili calon PKR Dr S. […]

» Read more

Situasi Di Sabah Buka Ruang Baharu Landskap Politik UMNO

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah melihat situasi terkini yang melanda parti di Sabah telah membuka satu ruang yang baharu dalam landskap politik UMNO. Menurutnya, secara tidak langsung ia memberi peluang kepada wajah-wajah baharu dan generasi pewaris perjuangan untuk meneruskan kepimpinan parti serta perlu pendekatan baharu dalam memperkukuhkannya. “Kerana UMNO perlukan […]

» Read more

Tauke Kontroversi Beli Potret Pemimpin PH : Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru?

BATU PAHAT, 13 Dis – Adakah Pakatan Harapan (PH) cuba memberitahu rakyat bahawa mereka mengamalkan rasuah terbuka atau rasuah halal?, soal Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Dalam hantaran di Facebooknya, Puad menimbulkan persoalan tersebut berikutan beberapa ahli perniagaan kontroversi berjaya membida beberapa potret pemimpin PH sempena ‘PH Charity Dinner’ Ahad lalu. “Apakah mereka yang membida […]

» Read more

Menjual Kekayaan Negara?

Sebahagian rakyat tahu negara akan mengalami masalah kewangan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan pemansuhan GST. Masalah lebih besar bila pemansuhan tersebut turut memberi “tax holiday” selama tiga bulan. Ini mengakibatkan negara kehilangan sekitar RM14 bilion ringgit. GST dibenci oleh perniagaan kerana ia mengurangkan keuntungan mereka dan diperguna oleh ahli politik untuk mendapat kuasa. Inilah punca “kematian GST”. Di banyak negara yang parti […]

» Read more
1 1,580 1,581 1,582 1,583 1,584 1,663