Perancangan Kerajaan Kurangkan Penjawat Awam Membimbangkan – Mahdzir

ALOR SETAR, 15 Dis – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perancangan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan baru-baru ini oleh Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sebanyak 5 peratus sehingga 2021 adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.

Jelas beliau, perancangan itu walaupun tidak pasti tempoh masanya namun ia adalah tidak adil kepada 80,000 penjawat awam yang akan menjadi mangsa.

“Jika 1.6 juta kakikatangan awam, 5 peratus bermakna lebih kurang 80,000 orang akan dikurangkan. Sudahlah Belanjawan 2020 juga memangsakan golongan luar bandar seperti nelayan, penoreh dan pesawah… kini penjawat awam pula yang terkena,” ujar beliau dalam satu sesi temubual di Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah hari ini.

Justeru Mahdzir mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan semula perancangan tersebut.

“Sudahlah kerajaan gagal mengurangkan kos sara hidup yang semakin menghimpit… bila mereka ini dibuang kerja, bagaimana mereka mahu menyara keluarga.

“Kerajaan harus memikirkan kesusahan rakyat, ” bidas beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.