Syor Polisi Pakaian Patuh Syariah Satu Cadangan Baik, Kemajmukan Malaysia Tidak Diketepikan – Rosni

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata pihaknya menyokong saranan Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga (KWK), Datuk Siti Zailah Mohd Yusof mengenai pelaksanaan polisi pemakaian patuh syariah bagi pramugari yang beragama Islam dan diharapkan syarikat penerbangan dapat memberikan kebebasan kepada mereka dalam hal tersebut. Menurut beliau saranan berkenaan dilihat sebagai menjaga kedudukan dan mengelakkan eksploitasi […]

» Read more

Ketua Menteri Melaka Namakan 10 Exco

MELAKA, 13 Mac – Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Melaka dibarisi 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong gabungan Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan negeri. Sulaiman berkata, daripada 17 ADUN yang menyatakan sokongan kepada gabungan itu, ADUN yang dilantik sebagai exco itu terdiri daripada enam ADUN Barisan […]

» Read more

Shahril Ucap Penghargaan, Akan Galas Amanah Sebaik Mungkin

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahril Sufian Hamdan berkata pelantikannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baharu merupakan satu amanah amat besar sekali. Katanya dalam satu kenyataan, selaku insan kerdil beliau akan cuba sebaik mampu untuk menggalasnya dengan penuh tawadduk sebagai manusia biasa serba kekurangan. “Jutaan penghargaan kepada Presiden, Timbalan, Setiausaha Agung, Naib-naib Presiden […]

» Read more

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan Selepas Zakat 3.05 Peratus

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.05 peratus bagi tahun kewangan 2019. Menurut kenyataan TH, ia melibatkan bayaran berjumlah RM2.1 bilion iaitu RM1.2 billion lebih tinggi berbanding RM913 juta pada tahun kewangan sebelumnya. Malah, prestasi kewangan yang semakin baik itu berasaskan strategi pelaburan mampan serta langkah pengurusan kos secara […]

» Read more

Ahmad Faizal Dilantik Semula Sebagai MB Perak

IPOH, 13 Mac – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan melantik semula Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan di sini hari ini. Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13 akan berlangsung di […]

» Read more

Agenda Utama Pastikan UMNO, Rakan Parti Seperjuangan Menang PRU15 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO adalah parti politik terbesar dan paling banyak berjasa di negara ini. Oleh kerana itu ujarnya, tugas dan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung mengelola hal ehwal pentadbiran parti juga besar bebanannya serta percaya berkat sokongan rakan-rakan pimpinan, atas izin Allah SWT ianya boleh menjadi sedikit keringanan. “Saya akan […]

» Read more

Agenda Rejuvenasi Diteruskan… Penstrukturan Parti Yang Dinamik, Progresif – Pemuda UMNO Pulai

PULAI, 13 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia yang bersidang Khamis petang dengan membuat pelantikan baharu, atas dasar penstrukturan parti ke arah dinamik dan progresif. Kata Ketua Penerangannya, Muhammad Shaqib Shahrilnizam, pelantikan tersebut juga berjaya memanifestasikan pemisahan kuasa di antara parti dan kerajaan. “Serta memberi ruang kepada kepimpinan yang terlibat […]

» Read more

Tiga Pemimpin Perikatan Nasional Perak Menghadap Sultan Nazrin

IPOH, 12 Mac – Tiga pemimpin utama Perikatan Nasional Perak hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di sini, bagi menyembah maklum mengenai situasi politik terkini di negeri berkenaan. Mereka yang mula tiba di istana berkenaan kira-kira 2.30 petang tadi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak […]

» Read more

Isu MA63 Akan Disegerakan – Fadillah

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secepat mungkin bagi membincangkan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau telah menyuarakan kepentingan MA63 kepada Muhyiddin […]

» Read more

Jual Aset TH… Lim Guan Eng, Mujahid Mesti Disiasat- Zahida

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menggesa pihak berkuasa menyiasat apa yang sudah berlaku kepada Tabung Haji (TH) terutama berkaitan penjualan aset-asetnya. Tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, jika didapati terdapat kesalahan, hendaklah disegerakan pendakwaan terhadap mereka yang curang dan tidak amanah pada kepentingan rakyat. “Penjualan itu juga dilakukan secara tergesa-gesa hingga […]

» Read more
1 1,524 1,525 1,526 1,527 1,528 1,903