Hukuman Lebih Berat Terhadap Pemandu Mabuk Penyebab Kematian- Zahida

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Sudah sampai masanya untuk negara ini memperketat dan menambah hukuman sedia ada terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian. Kemalangan jiwa berpunca daripada pemandu di bawah pengaruh alkohol tidak sepatutnya hanya didakwa di bawah seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, demikian menurut Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan. Menurut beliau saban hari makin meningkat […]

» Read more

Tindakan Tegas Rumah Kongsi Pekerja Tidak Ikut Garis Panduan – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor tapak pembinaan yang membina rumah kongsi pekerja tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata berdasarkan rekod pembinaan dan pemerhatian, pihaknya mendapati banyak rumah kongsi pekerja dibina di tapak pembinaan tanpa mengikuti […]

» Read more

COVID-19: Ujian Saringan Dijalankan Bagi Pekerja, Penghuni Pusat Jagaan Warga Emas – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas secara berfasa, memandangkan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui kajian kematian ke atas 99 daripada 105 kes kematian yang telah […]

» Read more

Fikirkanlah Keselamatan Rakyat. Jika Terjadi Gelombang Kedua…Semuanya Sudah Terlambat

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kes COVID-19 semalam meningkat dengan drastik setelah berjaya mengawal jumlah kes positif sebanyak dua angka secara berterusan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris pelbagai pihak merasa bimbang sekiranya rakyat masih lagi berdegil sedangkan kebanyakkan penularan wabak ini datang dari rakyat tempatan. “Fikirkanlah tentang keselamatan rakyat. Jika terjadi gelombang kedua…semuanya sudah terlambat. […]

» Read more

Maksimum Empat Orang Dibenar Dalam Kenderaan Persendirian – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kerajaan memutuskan untuk membenarkan kenderaan persendirian membawa empat penumpang dengan syarat mestilah dari rumah dan keluarga yang sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu diberikan berikutan isu jarak sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga dan mereka yang tinggal serumah. “Kerajaan […]

» Read more

Kini Orang Ramai Ada Tanggungjawab Besar Perangi COVID-19

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Rakyat Malaysia secara umumnya menerima terlalu banyak maklumat minggu ini berkaitan beberapa langkah dasar, selain kerajaan perlu menjernihkan kekeliruan yang timbul mengenai moratorium pembayaran pinjaman sewa beli di samping meredakan rasa khuatir warga mengenai pembukaan semula sebahagian ekonomi. Isu moratorium itu akhirnya dijelaskan Bank Negara Malaysia, malah beberapa bank menawarkan untuk menghapuskan sebarang faedah/keuntungan terakru, […]

» Read more

Tenang, Jangan Ikut Nafsu Ketika PKPB

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Hari ini mungkin boleh diibaratkan sebagai hari yang tenang sebelum ribut melanda. Bermula esok, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara serta kepentingan membendung wabak COVID-19. Di media sosial, ramai meluahkan kebimbangan langkah itu dikhuatiri akan meningkatkan kes positif […]

» Read more

COVID-19: Penularan Dalam Masyarakat Terkawal Selagi Kadar Kebolehjangkitan 1.0

PUTRAJAYA, 2 Mei – Penularan COVID-19 dalam masyarakat terkawal selagi kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut ‘R-Naught’, kurang daripada 1.0 dengan kadar di Malaysia ketika ini kira-kira 0.7, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu, kadar kebolehjangkitan Malaysia adalah 3.55 dan pada 14 April, RO itu kurang daripada 1.0. “Apabila […]

» Read more

Keputusan Buka Semula Ekonomi Tidak Dibuat Terburu-buru

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Keputusan membenarkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung kembali mulai Isnin ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat bukan satu tindakan tergesa-gesa memandangkan kerajaan telah mengkaji dan memastikan negara memenuhi syarat yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan bagaimanapun tidak memaksa mana-mana syarikat untuk memulakan semula […]

» Read more

COVID-19: 105 Kes Baharu Dicatat, Tiada Kematian  – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 2 Mei – Kes baharu positif COVID-19 kembali catat tiga angka dengan 105 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,176 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 11 adalah kes import manakala 94 lagi merupakan kes penularan tempatan. “Sebanyak 60 kes telah […]

» Read more
1 1,512 1,513 1,514 1,515 1,516 1,936