Fikirkanlah Keselamatan Rakyat. Jika Terjadi Gelombang Kedua…Semuanya Sudah Terlambat

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kes COVID-19 semalam meningkat dengan drastik setelah berjaya mengawal jumlah kes positif sebanyak dua angka secara berterusan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris pelbagai pihak merasa bimbang sekiranya rakyat masih lagi berdegil sedangkan kebanyakkan penularan wabak ini datang dari rakyat tempatan.

“Fikirkanlah tentang keselamatan rakyat. Jika terjadi gelombang kedua…semuanya sudah terlambat.

“Tiada guna jika kita duduk di rumah untuk tempoh masa yang lama ini dan akhirnya jumlah kes positif COVID-19 meningkat kembali.

“Kebimbangan dan keresahan rakyat mula terserlah apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengumumkan kes positif COVID-19 berjumlah 105 kes baharu iaitu 11 daripadanya adalah kes import. Ini bermakna majoriti kes ini datang daripada rakyat tempatan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Jelas Dr Najmil lagi, pengumuman kerajaan melonggarkan PKP akan membawa padah jika kes positif COVID-19 menunjukkan peningkatan selepas 4 Mei dalam usaha untuk melandaikan lekuk jangkitan adalah sia-sia kerana terlalu gelojoh untuk membuka sektor ekonomi.

“Tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kebenaran untuk sektor ekonomi beroperasi pada kapasiti penuh dilihat tidak membantu usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19, malah meningkatkan lagi risiko yang sedia ada.

“Kita faham tentang kepentingan ekonomi negara, namun tiada salahnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksana kebenaran operasi secara berperingkat,” tegasnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.