Flat, Rumah Panjang Di Sentul, Bukit Kiara Bakal Diganti Perumahan Baharu – Annuar

KOTA BHARU, 16 Mei- Kira-kira 1,300 unit flat di Sentul dan rumah panjang di Bukit Kiara akan diroboh dan digantikan dengan perumahan baharu di bawah Program Pembaharuan Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata menerusi projek berkenaan, pemilik rumah terpilih berpeluang menerima unit rumah baharu secara percuma. “Kira-kira 1,000 unit rumah flat yang dibina 30 […]

» Read more

Agensi Pelancongan Dibenar Beroperasi Dalam Tempoh PKPB – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 16 Mei – Kerajaan bersetuju membenarkan pejabat agensi pelancongan seluruh negara beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran pengoperasian hanya untuk tujuan pentadbiran, kewangan, pengurusan dan penjualan sahaja. “Mereka juga boleh menyediakan pakej-pakej pelancongan sebagai persediaan pada masa hadapan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan […]

» Read more

SOP Pembukaan Rumah Ibadat Dimuktamadkan Isnin

PUTRAJAYA, 16 Mei – Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dimuktamadkan pada Isnin ini (18 Mei). Satu mesyuarat antara Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama wakil-wakil badan agama diadakan secara dalam talian semalam secara amnya membincangkan cadangan SOP yang dibangunkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Menurut […]

» Read more

Agong, Raja Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara. Dalam ucapan itu, Seri Paduka Baginda berdua turut memetik tema hari guru peringkat kebangsaan tahun ini iaitu ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi […]

» Read more

Malaysia, China Komited Tingkat Kerjasama Pertahanan Sedia Ada

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Malaysia dan China komited untuk terus mempertingkat kerjasama pertahanan sedia ada antara kedua-dua negara. Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa komitmen kerjasama itu dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila menerima panggilan telefon daripada Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe pukul 4 petang ini. “Ismail Sabri dan rakan sejawatnya itu turut membincangkan […]

» Read more

Program ‘Residensi Prihatin’ Bina Rumah Mampu Milik Kepada Belia – Annuar

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan memperkenalkan Program ‘Residensi Prihatin’ kepada golongan belia berusia 35 tahun ke bawah untuk memiliki rumah pertama mereka di sekitar ibu kota. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa tapak di sekitar ibu kota bagi membina rumah-rumah mampu milik berharga RM200,000 dan ke bawah dengan pembiayaan bulanan […]

» Read more

36 Kes Positif COVID-19, 88 Sembuh, Tiada Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 15 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 36 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, mengekalkan angka antara yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 28 adalah kes dalam kalangan bukan warganegara. “Jumlah kes positif […]

» Read more

Cadangan SOP Kebenaran Aktiviti Keagamaan Di Rumah Ibadat Dibentang Minggu Depan

PUTRAJAYA, 15 Mei – Cadangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) aktiviti keagamaan secara berkumpulan di rumah ibadat bagi agama lain akan dibentangkan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selewat-lewatnya Selasa depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP itu akan dibentangkan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. Beliau berkata selepas […]

» Read more

Kelonggaran Perjalanan Rentas Negeri Untuk Orang Bujang Belum Dapat Diberikan

PUTRAJAYA, 15 Mei – Larangan melakukan perjalanan merentas negeri masih dikuatkuasakan walaupun sebelum ini kerajaan ada memberi kelonggaran kepada suami isteri yang duduk berjauhan untuk melakukan perjalanan itu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun kerajaan menyedari ramai yang merindui keluarga terutama golongan bujang, namun kelonggaran masih belum dapat […]

» Read more

Hanya Pegawai, Kakitangan Masjid Dan Jemaah Tertentu Dibenarkan Solat Jumaat

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata solat Jumaat dan solat berjemaah dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan yang dibenarkan semula hari ini hanya melibatkan pengerusi, ahli jawatankuasa, pegawai dan petugas masjid, surau Jumaat dan surau terpilih. Sementara jemaah yang dibenarkan hadir untuk menyertai solat […]

» Read more
1 1,499 1,500 1,501 1,502 1,503 1,933