Pakej PRIHATIN Berdasarkan Keupayaan Fiskal Semasa Negara – PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebanyak RM250 billion yang diumumkan hari ini adalah berdasarkan kepada keupayaan fiskal semasa dan ketersediaan mudah tunai pasaran kewangan domestik yang mencukupi. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan pakej tersebut, di sini, hari ini, berkata strategi dan langkah yang akan dilaksanakan itu adalah manifestasi Kerajaan yang mengambil […]

» Baca lanjut

Peruntukan RM10 Bilion Bantu Kumpulan M40 Dan Ke Bawah – PM Muhyiddin

PUTRAJAYA, 27 Mac – Kerajaan hari ini bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi membantu kumpulan M40 dan ke bawah yang terjejas akibat keadaan wabak COVID-19 ketika ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan melalui Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai secara one-off yang buat pertama kalinya disalurkan juga kepada kumpulan M40 bagi […]

» Baca lanjut

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular – Pasukan Respon Pantas KKMM

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Berikut senarai penafian berita tular di media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. 1. Hospital Pakar Sultan Fatimah (HPSF), Muar menafikan bahawa terdapat staf HPSF positif COVID-19. 2. Pengarah Hospital Selayang menafikan pihaknya ada menerima sumbangan wang sebanyak RM160,000 untuk pembelian ventilator. Ini berikutan dakwaan […]

» Baca lanjut

Johor Yakin PKPD Di Simpang Renggam Bolehkan COVID-19 Dikesan – MB

JOHOR BAHRU, 27 Mac – Kerajaan Negeri Johor yakin keputusan meletakkan dua kawasan di Simpang Renggam, Kluang, dekat sini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini dapat membolehkan pihak berwajib melaksanakan aktiviti pengesanan kes COVID-19 dari rumah ke rumah dalam usaha membendung penularan wabak terbabit. Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata berdasarkan jumlah kes yang […]

» Baca lanjut

Prosiding Komital: Bapa Arwah Muhammad Adib Akan Hantar Representasi Kepada AG

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Idrus Harun bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya, terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas. Peguam Aidil Khalid yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, beliau […]

» Baca lanjut

COVID-19: PM Dijangka Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Hari Ini

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April, hari ini memasuki hari ke-10 dan tumpuan pasti tertumpu kepada pengumuman pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19. Malah pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dijangka memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Ketika menyampaikan […]

» Baca lanjut

Bukan Sahaja Frontliners Dibantu, Asnaf, OKU Dapat Perhatian- Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Biro Aktivisme Puteri UMNO akan terus menghulurkan bantuan walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan selama 14 hari. Menurut Ketuanya, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani, bukan sahaja petugas di barisan hadapan diberikan sumbangan malah juga tidak terkecuali golongan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat yang terkesan semenjak PKP dikuatkuasakan. “Bukan sahaja yang ‘frontliners’, […]

» Baca lanjut

Syabas Warga TNB… Terus Berkhidmat Dalam Tempoh Genting – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengucapkan syabas kepada semua warga kerja TNB yang bertungkus-lumus bekerja semasa tempoh genting dalam menghadapi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020. Menurut beliau sejak bermula PKP, TNB mengambil langkah proaktif dengan meletakkan 79 set janakuasa bergerak dengan pelbagai kapasiti di […]

» Baca lanjut

COVID-19: Malaysia Siapkan Aplikasi Telefon Pintar Kesan Pergerakan Individu

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin. Beliau berkata aplikasi serupa telah dilancarkan Singapura, yang dirujuk sebagai antara negara yang berjaya membuat pengesanan wabak itu menerusi pengesanan kontak. “Beberapa hari lepas, Singapura melancarkan aplikasi telefon bimbit bernama […]

» Baca lanjut

MPPWP Akan Diberi Nafas Baharu – Annuar

PUTRAJAYA, 26 Mac – Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) akan diberi nafas baharu bagi memastikan ia dapat berperanan dan berfungsi dengan lebih baik lagi, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan laporan yang diterima kementerian, terdapat sebahagian besar MPPWP yang tidak aktif dan tidak pernah menghantar sebarang laporan kegiatan dan perbelanjaan […]

» Baca lanjut
1 1,489 1,490 1,491 1,492 1,493 1,881