COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular 11 Pagi, 9 Jun – KKMM

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM menafikan pernah mengeluarkan infografik dengan kenyataan “Jumlah Pengangguran Terus Meningkat dan Tertinggi Dalam Sejarah 2.05 Juta Orang – Jabatan Perangkaan Malaysia” seperti yang tular di media sosial. DOSM menyarankan agar orang ramai merujuk kepada “Advance Release Calendar (ARC)” di portal DOSM (www.dosm.gov.my) untuk mendapatkan statistik yang sahih.

2. Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menafikan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) yang dilaporkan oleh Astro Awani bahawa hotel-hotel di Langkawi telah mendapat 1,000 tempahan bilik dalam tempoh satu jam selepas Perdana Menteri mengumumkan penguatkuasaan PKPP yang membenarkan pelancongan domestik bermula 10 Jun 2020. Ahli-ahli MAH dari Kedah, Perlis dan Langkawi menafikan kemungkinan berlakunya tempahan sebanyak itu malah berita angin ini telah menimbulkan kesangsian dan tanda tanya dalam kalangan pengusaha dan pekerja hotel. MAH menyeru agar orang ramai menghubungi CEO MAH, Yap Lip Seng di [email protected] atau 60122800300 untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.